Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ketua PBB gesa negara anggota segera bayar hutang

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Selasa (8 Okt) menggesa negara anggota untuk melunaskan hutang mereka dengan kadar segera, lapor agensi berita Xinhua.

Anggaran Waktu Membaca:
Ketua PBB gesa negara anggota segera bayar hutang

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres. (Gambar: Lucas Jackson/Reuters)

Diterbitkan : 09 Oct 2019 04:01PM Dikemas Kini : 09 Oct 2019 04:11PM

NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Selasa (8 Okt) menggesa negara anggota untuk melunaskan hutang mereka dengan kadar segera, lapor agensi berita Xinhua.

"Menekankan mengenai tanggungjawab negara anggota di bawah piagam PBB, setiausaha agung mengucapkan terima kasih kepada negara yang telah membuat pembayaran, setakat ini 129 negara, dan menggesa negara yang belum membuat pembayaran untuk segera berbuat demikian," menurut kenyataan yang dikeluarkan jurucakap Encik Guterres, Stephane Dujarric.

"Setiausaha agung turut mengutus surat kepada negara anggota mengenai krisis kewangan terburuk yang dihadapi PBB hampir sedekad.

"Badan dunia itu berisiko menghadapi kekurangan aliran tunai pada akhir bulan dan mungkin tidak dapat membayar gaji kakitangan dan vendor," jelas kenyataan itu.

Sambil merujuk kepada pembayaran tetap berkala dengan segera dan sepenuhnya sebagai kaedah tunggal bagi mengelak tunggakan yang boleh mengakibatkan operasi di seluruh dunia terjejas, Encik Guterres turut merayu pemerintah-pemerintah supaya menangani krisis dan bersetuju terhadap langkah memastikan PBB berada dalam kedudukan kewangan yang stabil.

"Menjelang akhir September, negara anggota membayar hanya 70 peratus berbanding 78 peratus tempoh yang sama tahun lepas," menurut kenyataan itu.

Sekretariat sudah melaksanakan pelbagai langkah sejak awal tahun ini untuk menyelaraskan aliran keluar masuk tunai, termasuk mengurangkan perbelanjaan di peringkat global kekurangan tunai pada Oktober mungkin mencapai AS$600 juta (S$828 juta).

Badan dunia itu juga terpaksa memotong perbelanjaan sejak Januari bagi membolehkannya mempunyai cukup dana untuk mengadakan Perhimpunan Agung pada bulan lalu.

"Sekretariat akan menghadapi masalah untuk membayar gaji, barang dan perkhidmatan menjelang akhir November kecuali lebih banyak negara menyelesaikan sepenuhnya tunggakan mereka," kata kenyataan itu.

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan