Ketua PBB beri amaran risiko berlaku 'keruntuhan kewangan'
Ketua Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberitahu negara-negara lain bahawa pertubuhan tu berisiko berdepan "keruntuhan kewangan yang akan berlaku", sambil menukil yuran yang tidak dibayar dan peraturan belanjawan yang memaksa badan global itu terpaksa memulangkan dana yang tidak dibelanjakan, menurut surat yang dilihat oleh Reuters pada Jumaat (30 Jan).
Anggaran Waktu Membaca:
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), António Guterres. (Gambar fail: REUTERS)
- Antonio Guterres, Ketua PBB, memberi amaran kepada negara anggota tentang risiko keruntuhan kewangan badan itu.
- Krisis berlaku kerana yuran tidak dibayar dan Amerika Syarikat mengurangkan pembiayaan kepada agensi PBB.
- Surat amaran bertarikh 28 Januari dihantar kepada duta-duta, menekankan kemungkinan dana habis menjelang Julai.
- PBB meminta negara anggota membayar yuran tepat pada masanya atau merombak peraturan kewangan untuk mengelakkan kejatuhan kewangan.
GENEVA: Ketua Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberitahu negara-negara lain bahawa pertubuhan tu berisiko berdepan "keruntuhan kewangan yang akan berlaku", sambil menukil yuran yang tidak dibayar dan peraturan belanjawan yang memaksa badan global itu terpaksa memulangkan dana yang tidak dibelanjakan, menurut surat yang dilihat oleh Reuters pada Jumaat (30 Jan).
"Krisis itu bertambah buruk, mengancam pelaksanaan program dan berisiko mencetuskan keruntuhan kewangan. Dan situasi itu akan bertambah buruk lagi dalam masa terdekat ini," kata Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres dalam surat kepada duta yang bertarikh 28 Januari.
PBB sedang berdepan krisis tunai apabila penyumbang terbesar badan dunia itu - Amerika Syarikat - mengurangkan pembiayaan sukarela kepada agensi PBB dan enggan membuat pembayaran wajib kepada belanjawan tetap dan pengaman PBB.
Dalam surat itu, Encik Guterres berkata "keputusan untuk tidak menghormati sumbangan yang dinilai yang membiayai sebahagian besar daripada belanjawan tetap yang diluluskan kini diumumkan secara rasmi".
Ia tidak segara jelas negeri atau negeri-negeri mana yang beliau maksudkan dan seorang jurucakap PBB tidak dapat dihubungi segera untuk mendapatkan komen.
"Sama ada semua Negara Anggota menunaikan kewajipan mereka untuk membayar sepenuhnya dan tepat pada masanya - atau Negara Anggota mesti merombak secara asas peraturan kewangan kita untuk mengelakkan kejatuhan kewangan yang akan berlaku," katanya sambil memberi amaran bahawa wang tunai mungkin habis menjelang Julai.

Sumber : Reuters/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.