Ketua Muda Pejuang umum letak jawatan serta-merta
Anggaran Waktu Membaca:
Ketua Muda Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Dr Abu Hafiz Salleh Huddin. (Gambar: Agensi berita)
SHAH ALAM: Ketua Muda Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Dr Abu Hafiz Salleh Huddin mengumumkan peletakan jawatan berkuat kuasa serta-merta.
Menurut Encik Abu Hafiz, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pelbagai pertimbangan termasuk rasa bertanggungjawab atas prestasi parti pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu, menurut agensi berita Sinar Harian.
"Semoga kepimpinan baru sayap pemuda mampu mengemudi Pejuang Muda dengan lebih baik dan cemerlang."
"Jutaan terima kasih dan penghargaan diucapkan buat Dr Mahathir Mohamad, kepimpinan utama parti dan teman-teman kepimpinan Pejuang Muda Malaysia atas kepercayaan bagi menggalas amanah sebagai Ketua Pejuang Muda Malaysia."
"Pengalaman yang digarap selama ini akan dijadikan ilmu yang sangat berguna, Insya-Allah," katanya dalam kenyataan pada Ahad (11 Dis), lapor agensi berita Sinar Harian.
Pada PRU15, Gerakan Tanah Air (GTA) yang bertanding menggunakan logo Pejuang gagal mendapat sebarang kerusi meskipun meletakkan calon untuk bersaing di 125 kerusi.
Sebelum ini media melaporkan, Dr Mahathir menjadi antara 369 calon kerusi Parlimen yang hilang wang deposit selepas memperoleh undi kurang satu perlapan daripada jumlah keseluruhan undi yang dikira.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.