Skip to main content

Dunia

Ketua Menteri Sabah umum rombakan pembantu menteri Sabah

Anggaran Waktu Membaca:
Ketua Menteri Sabah umum rombakan pembantu menteri Sabah

Yang Dipertua Negeri Sabah Juhar Mahiruddin menyampaikan watikah pelantikan sebagai Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri kepada Roslan Muharam di Istana Seri Kinabalu pada Khamis (26 Jan). (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 26 Jan 2023 01:01PM Dikemas Kini : 26 Jan 2023 01:02PM
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Hajiji Nor pada Khamis (26 Jan) mengumumkan rombakan Pembantu Menteri negeri yang menyaksikan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu pada Khamis (26 Jan).

Encik Hajiji berkata Naib Presiden Parti Bersatu Sabah Ruslan Muharam yang juga ADUN Lumadan akan menjalankan peranan sebagai Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri.

Beliau berkata ADUN Inanam Peto Gadim (PKR) dilantik sebagai Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan manakala ADUN Likas (DAP) sebagai Pembantu Menteri Kewangan.

“Pelantikan itu juga bagi mengisi kekosongan ditinggalkan James Ratib, bekas Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan yang kini Menteri Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Rakyat negeri dan Jasnih Daya yang memilih untuk melepaskan jawatan Pembantu Menteri Kewangan."

“Pelantikan dan rombakan pembantu menteri hari ini adalah usaha berterusan untuk menyatukan dan mengukuhkan pentadbiran kerajaan,” katanya dalam kenyataan, pada Khamis.

Encik Hajiji berkata empat pembantu menteri bertukar porfolio iaitu Dr Ruddy Awah daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar; Fairuz Renddan (GRS) sebagai Pembantu Menteri Belia dan Sukan; Harun Durabi daripada Barisan Nasional (BN) sebagai Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dan Andi Suryady Bandy (BN) sebagai Pembantu Menteri Pembangunan Industri.

“Saya ingin menekankan kepentingan kerajaan negeri di bawah kepimpinan saya untuk berfungsi sebagai satu pasukan padu yang berkongsi aspirasi sama dibina atas saling percaya dan hormat. Kami memerlukan pasukan yang kuat untuk memacu momentum pembangunan dan memenuhi janji pilihan raya kami untuk rakyat dan negeri,” katanya.
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita