Ketua Menteri Sabah positif COVID-19
Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor disahkan positif COVID-19 dan kini dirawat di Hospital Queen Elizabeth, kata Setiausaha Perhubungan Awam kepada Ketua Menteri Sabah itu Effendi Mohamed Sunoh.
(Gambar: Agensi berita)
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor disahkan positif COVID-19 dan kini dirawat di Hospital Queen Elizabeth, kata Setiausaha Perhubungan Awam kepada Ketua Menteri Sabah itu Effendi Mohamed Sunoh.
Encik Effendi dalam kenyataan pada Jumaat malam (9 Okt) berkata Encik Hajiji, yang menjalani kuarantin kendiri, sekali lagi melakukan ujian COVID-19 dan hasil ujian terbaru itu mengesahkan bahawa beliau positif COVID-19.
"Keadaan kesihatan YAB (Yang Amat Berhormat Hajiji) baik dan stabil. Walaupun sedang menjalani rawatan, YAB masih menjalankan tugas dan tanggungjawabnya di tempat rawatan menerusi panggilan telefon dan sidang video. Kerajaan negeri berfungsi seperti biasa.
"YAB mengajak seluruh rakyat Sabah agar bertenang dan bersama-sama berdoa agar Allah SWT sembuhkan dan selamatkan Sabah dan Malaysia daripada COVID-19. Insya-Allah," katanya.
Pada Khamis (8 Okt), Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Safar Untong menerusi kenyataan memaklumkan bahawa Encik Hajiji menjalani kuarantin kendiri selama dua minggu bermula Khamis sebagai langkah berjaga-jaga setelah terdedah dengan individu yang didapati positif COVID-19.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.