Skip to main content

Dunia

Ketua Menteri New South Wales letak jawatan susuli siasatan rasuah

Ketua Menteri wilayah New South Wales di Australia mengumumkan peletakan jawatannya.

Anggaran Waktu Membaca:
Ketua Menteri New South Wales letak jawatan susuli siasatan rasuah

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 01 Oct 2021 05:43PM Dikemas Kini : 01 Oct 2021 06:29PM

NEW SOUTH WALES: Ketua Menteri wilayah New South Wales di Australia mengumumkan peletakan jawatannya.

Keputusan mengejut Cik Gladys Berejiklian itu dibuat selepas Suruhanjaya Anti Rasuah mendedahkan pihaknya sedang menyiasat kemungkinan beliau melakukan atau terbabit dalam "pecah amanah masyarakat".

Ia berkaitan hubungan Cik Berejiklian dengan mantan Anggota Parlimen, Daryl Maguire.

Siasatan ditumpukan kepada kemungkinan hubungan antara Cik Berejiklian dengan Encik Maguire, mendorong Cik Berejiklian memberi dana kepada beberapa pertubuhan masyarakat di kawasan undi Encik Maguire antara tahun 2012 hingga 2018.

Cik Berejiklian berkata peletakan jawatannya berkuat kuasa sebaik sahaja Parti Liberal New South Wales memilih pemimpin baru dalam parlimen.

Beliau juga merancang untuk meletak jawatan sebagai Anggota Parlimen.

Peletakan jawatan PM Berejiklian berlaku ketika New South Wales berada di tahap genting dalam usahanya menangani gelombang baru penularan COVID-19 di wilayah itu.

Sumber : Agensi berita/MU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita