Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ketua Menteri Melaka komited tangani isu pengangguran dalam golongan muda

Anggaran Waktu Membaca:
ALOR GAJAH: Kerajaan negeri Melaka mengambil pelbagai inisiatif termasuk penganjuran karnival kerjaya di peringkat negeri dan daerah sebagai komitmennya bagi menangani isu berkaitan pengangguran dan kehilangan pekerjaan, khususnya dalam kalangan golongan muda di dalam negeri itu.

Ketua Menteri Melaka, Sulaiman Md Ali berkata pelaksanaan inisiatif kerajaan negeri menerusi kerjasama merentasi kementerian, agensi pelaksana dan industri, membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap keperluan dan kebajikan nasib ramai khususnya belia, untuk mendapatkan pekerjaan bagi menyokong perkembangan sektor ekonomi negeri.

"Semua inisiatif ini dapat dilaksanakan jika kita mempunyai kerajaan yang stabil dan kukuh kerana ekonomi akan turut berkembang, banyak pelaburan akan datang melimpah dan peluang pekerjaan bakal bertambah," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Karnival Youth Career, Lendu International Arts Community dan Hari Terbuka Dewan Undangan Negeri Lendu.

Terdahulu beliau berkata pada karnival berkenaan lebih 200 peluang pekerjaan ditawarkan melibatkan 15 majikan daripada pelbagai sektor, dan sesi temu duga antara majikan dan pencari kerja dijalankan secara fizikal.

Katanya pengisian program Youth Career itu meliputi tiga segmen utama iaitu segmen sesi perkongsian bersama industri meliputi kemahiran teknikal dan kemahiran insaniah, dan segmen persediaan serta penilaian dikendalikan pihak berkepakaran antaranya bimbingan penyediaan resume dan ujian kerjaya.

"Segmen ketiga pula merupakan sesi penglibatan bersama industri serta majikan secara fizikal atau bersemuka meliputi sesi temu duga majikan dan penawaran penempatan pekerjaan," katanya. 
Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan