Skip to main content

Dunia

Ketua Mahkamah Perlembagaan Indonesia diberhenti; langgar kod etika berhubung batas usia calon naib presiden

Anggaran Waktu Membaca:
Ketua Mahkamah Perlembagaan Indonesia diberhenti; langgar kod etika berhubung batas usia calon naib presiden

Ketua panel etika Jimly Asshiddiqie. (Gambar: MPI)

Diterbitkan : 08 Nov 2023 07:56AM Dikemas Kini : 08 Nov 2023 08:17AM
JAKARTA: Anwar Usman diberhentikan dari jabatan sebagai Ketua Mahkamah Perlembagaan.

Encik Anwar terbukti melakukan pelanggaran kod etika tentang batas usia calon presiden dan calon naib presiden, menurut Kompas.

Keputusan iitu dibuat oleh Majlis Kehormatan Mahkamah Perlembagaan dalam sidang pembacaan keputusan etika pada Selasa (7 Nov).

“Menjatuhkan hukuman pemberhentian dari jabatan ketua mahkamah perlembagaan kepada hakim tersebut,” kata Ketua Majlis Kehormatan Mahkamah Perlembagaan Jimly Asshiddiqie, dalam sidang di Gedung Mahkamah Perlembagaan di Jakarta Pusat.
Majlis Kehormatan Mahkamah Perlembagaan menyatakan bahwa Encik Anwar terbukti melakukan pelanggaran berat terhadap kod etika dan perilaku hakim perlembagaan sebagaimana tertera dalam Sapta Karsa Hutama prinsip tidak berpihak kepada sesiapa, prinsip integriti, prinsip kecekapan dan kesetaraan, prinsip kebebasan, dan prinsip kepantasan dan kesopanan.

Dalam keputusannya, Majlis Kehormatan Mahkamah Perlembagaan juga memerintahkan Wakil Ketua Mahkamah Perlembagaan memimpin penyelenggaraan pemilihan pimpinan Mahkamah Perlembagaan yang baharu dalam masa 24 jam.

Dengan pelanggaran ini, adik ipar Presiden Joko Widodo itu tidak berhak untuk mencalonkan diri atau dicalonkan sebagai pimpinan Mahkamah Perlembagaan sehingga masa jabatannya sebagai hakim perlembagaan berakhir.

Pelanggaran kod etika hakim perlembagaan itu dikemukakan setelah Mahkamah Perlembagaan yang diketuai adik ipar Presiden Joko Widodo, Encik Anwar Usman, mewajarkan tuntutan mahkamah berhubung syarat usia calon presiden dan naib presiden.

Dalam keputusan tersebut, Mahkamah Perlembagaan merumuskan bahawa seseorang itu dapat mendaftarkan diri sebagai calon presiden dan calon naib presiden walaupun tidak memenuhi kriteria usia minimum 40 tahun.

Keputusan itu memberi laluan untuk anak lelaki sulung Jokowi yang juga dalam keluarga besar Encik Anwar, Gibran Rakabuming Raka, untuk bertanding dalam Pilihan Raya Presiden 2024 dalam usia 36 tahun meskipun baru memegang status Wali Kota Solo selama tiga tahun.
Sumber : Agensi berita/IM/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita