Skip to main content

Dunia

Ketua kumpulan agama Korea Selatan dijatuhi hukuman penjara tambahan 33 tahun kerana serangan seksual

Ketua kumpulan agama Jesus Morning Star di Korea Selatan dijatuhi hukuman penjara tambahan 33 tahun pada Isnin (19 Okt) selepas didapati bersalah melakukan serangan seksual dan penderaan terhadap pengikut wanitanya.

Anggaran Waktu Membaca:
Ketua kumpulan agama Korea Selatan dijatuhi hukuman penjara tambahan 33 tahun kerana serangan seksual

Pemandangan pusat bandar Seoul, Korea Selatan, pada 15 Oktober 2026. (Gambar: AFP/Philip Fong)

Diterbitkan : 19 Oct 2026 04:53PM
South Korean religious group leader sentenced to an additional 33 years in prison for sexual assault
  • Jung Myung-seok, leader of the Jesus Morning Star religious group in South Korea, was sentenced to an additional 33 years on Monday, 19 October, after being found guilty of sexually assaulting and abusing female followers.
  • The offences against 16 followers took place over several years, up to 2022, after Jung was released from prison following his 2008 conviction for rape.
  • The new sentence will begin after Jung completes a 17-year term for sexually assaulting several followers in a separate case.
  • Another group official was sentenced to seven years in prison for aiding and abetting. It is not known whether Jung will appeal; his story was also featured in a Netflix documentary.
Dijana oleh AI
SEOUL: Ketua kumpulan agama Jesus Morning Star di Korea Selatan dijatuhi hukuman penjara tambahan 33 tahun pada Isnin (19 Okt) selepas didapati bersalah melakukan serangan seksual dan penderaan terhadap pengikut wanitanya.

Jung Myung-seok, yang dipercayai berusia awal 80-an tahun, kini sedang menjalani hukuman penjara 17 tahun selepas disabitkan kesalahan melakukan serangan seksual terhadap beberapa pengikutnya dalam kes berasingan.

Kesalahan tersebut dilakukan selepas beliau dibebaskan daripada penjara menyusuli sabitan kesalahan merogol pada 2008.

Dalam kes terbaharu, Jung dituduh melakukan serangan seksual dan penderaan terhadap 16 pengikut wanita selama beberapa tahun sehingga 2022.

Jung turut dipaparkan dalam siri dokumentari Netflix, In the Name of God: A Holy Betrayal, yang mengetengahkan empat pemimpin kumpulan agama Korea Selatan yang dituduh melakukan pelbagai jenayah.

HUKUMAN TAMBAHAN SELEPAS SELESAI TEMPOH PENJARA 17 TAHUN

Menurut seorang pegawai mahkamah di Daejeon, Jung akan menjalani hukuman penjara tambahan 33 tahun itu selepas selesai menjalani hukuman penjara 17 tahun yang sedang dihadapinya.

Seorang pegawai di pejabat kumpulan agama tersebut di wilayah Chungcheong Selatan belum memberikan ulasan segera sama ada Jung akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan mahkamah itu.

Seorang lagi pegawai kumpulan agama itu turut dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun kerana bersubahat dalam perbuatan Jung.
Sumber : Reuters/FD/fd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita