Ketua Khidmat Perubatan Amerika gesa penggunaan label amaran di media sosial untuk lindungi golongan muda

(Gambar: Pexels)
WASHINGTON: Ketua Khidmat Perubatan Amerika Syarikat Vivek Murthy pada Isnin (17 Jun) menggesa supaya label amaran ditambah kepada aplikasi media sosial sebagai peringatan bahawa platform tersebut menyebabkan kemudaratan kepada golongan muda, terutama remaja.
Encik Murthy berkata label amaran sahaja tidak akan menjadikan media sosial selamat untuk golongan muda, namun ia boleh meningkatkan kesedaran dan mengubah tingkah laku seperti yang dibuktikan daripada kajian mengenai tembakau.
Kongres Amerika Syarikat perlu meluluskan undang-undang bagi penggunaan label amaran tersebut.
Peguam bela belia dan penggubal undang-undang sudah lama menuduh platform media sosial seperti Facebook, Instagram, TikTok dan Snapchat mempunyai kesan berbahaya kepada kanak-kanak.
Ia termasuk mengurangkan tempoh perhatian, mempromosikan gambaran tubuh yang negatif, dan menjadikan mereka terdedah kepada pembuli dan pemangsa online.
Beberapa wilayah Amerika sedang berusaha untuk meluluskan undang-undang untuk melindungi kanak-kanak daripada kesan berbahaya media sosial, seperti tekanan dan penyakit mental lain.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.