Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ketua keselamatan presiden Korea Selatan enggan kerjasama tangkap Yoon Suk Yeol

Ketua keselamatan bagi Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol pada Ahad (5 Jan) berkata beliau tidak boleh memberikan kerjasama kepada usaha untuk menangkap pemimpin yang didakwa itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Ketua keselamatan presiden Korea Selatan enggan kerjasama tangkap Yoon Suk Yeol

Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol berucap di pejabat presiden di Seoul, Korea Selatan pada 12 Dis 2024. (Gambar: Pejabat Presiden Korea Selatan melalui AP)

Diterbitkan : 06 Jan 2025 07:14AM Dikemas Kini : 06 Jan 2025 07:41AM
SEOUL: Ketua keselamatan bagi Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol pada Ahad (5 Jan) berkata beliau tidak boleh memberikan kerjasama kepada usaha untuk menangkap pemimpin yang didakwa itu.

Kenyataan beliau itu boleh memburukkan lagi krisis politik di negaranya.

Dengan tempoh waran tangkap terhadap Encik Yoon atas kesalahan pemberontakan dijangka tamat pada tengah malam Isnin (GMT 1500), pegawai berkenaan, Park Chong-jun, memetik perdebatan undang-undang berkait waran tangkap tersebut sebagai sebab kurangnya kerjasama.

"Tolong jangan membuat kenyataan berbentuk perhinaan bahawa khidmat keselamatan presiden sudah dijadikan tentera privet," menurut beliau dalam satu kenyataan, sambil menambah pihaknya sudah menyediakan khidmat keselamatan kepada semua presiden selama 60 tahun, tidak kira apa pun kaitan politiknya.

Komen-komen itu dibuat selepas mahkamah Seoul menolak aduan yang dibuat para peguam Encik Yoon bahawa waran tangkap tersebut tidak sah, menurut laporan agensi berita Yonhap. Panggilan telefon kepada mahkamah untuk mendapatkan komen pula tidak dijawab.

"Menghakimi kesahihan sebarang interpretasi dan pelaksanaan undang-undang adalah sukar," menurut Seouk Dong-hyeon, seorang peguam yang menasihati Encik Yoon, menerusi akaun Facebook beliau.

"Jika terdapat kesilapan dalam kesahihan penguatkuasaan undang-undang terhadap presiden, ia akan menjadi masalah besar."

Encik Yoon menjadi presiden yang masih berkhidmat pertama Korea Selatan yang didakwa atas percubaan gagal beliau untuk mengisytiharkan undang-undang tentera pada 3 Disember. Tindakan beliau itu mencetuskan kemelut politik dalam ekonomi keempat terbesar Asia itu yang juga sekutu Amerika Syarikat.

Presiden parti konservatif itu didakwa oleh parlimen dan digantung daripada tugas rasmi beliau sementara Mahkamah Perlembagaan memutuskan sama ada untuk mengekalkan atau menyingkirkan beliau.
Sumber : Reuters/NK/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan