Skip to main content

Dunia

Ketua kampung ditembak mati ketika pulang dari solat Jumaat

Seorang ketua kampung meninggal dunia selepas ditembak mati dua orang bersenjata selepas pulang dari menunaikan solat Jumaat.

Anggaran Waktu Membaca:
Ketua kampung ditembak mati ketika pulang dari solat Jumaat

Mangsa ditembak di hadapan sebuah rumah penduduk yang mengadakan majlis sempena Maulidur Rasul. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 01 Dec 2018 06:33PM Dikemas Kini : 01 Dec 2018 06:36PM

YALA: Seorang ketua kampung meninggal dunia selepas ditembak mati dua orang bersenjata selepas pulang dari menunaikan solat Jumaat.

Insiden tersebut berlaku semalam (30 Nov) di sebuah kampung yang terletak di Yala, wilayah selatan Thailand.

Pada sekitar jam 1.40 petang (waktu tempatan), mangsa, Abdul Latif Yanya, 49 tahun, Ketua Kampung Mukim Tanah Putih, ditembak mati ketika tiba di hadapan rumah penduduk kampung untuk menghadiri majlis Maulidur Rasul. Majlis itu dianjurkan seorang penduduk kampung.

"Mangsa ditembak di bahagian kepala oleh penyerang yang bersenjatakan senapang AK47. Pihak berkuasa juga menemui lima kelongsong peluru di lokasi kejadian," kata Ketua Bahagian Siasatan Balai Polis Benan Setar Kapt Nattavut Pechsatitrong.

Jarak antara masjid dengan lokasi kejadian pembunuhan sekitar 80 meter.

Kapt Nattavut menambah, penyerang turut berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan ketika melarikan diri dari lokasi kejadian menggunakan motosikal sejurus selepas melakukan pembunuhan itu.

Agensi berita Bernama difahamkan, seorang daripada penyerang tersebut ditembak mati oleh pasukan keselamatan dalam insiden berbalas tembakan itu, manakala usaha memburu seorang lagi penyerang sedang giat dijalankan.

Pihak berkuasa belum mengeluarkan sebarang kenyataan tentang insiden tembak-menembak itu. 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita