Ketua junta Myanmar umum pilihan raya pada Dis 2025 atau Jan 2026
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP/STR)
NAYPYIDAW: Junta Myanmar akan mengadakan pilihan raya umum pada Disember tahun ini atau Januari 2026, lapor media tempatan pada Sabtu (3 Mac), memetik ketua Junta Jeneral Min Aung Hlaing yang memberikan rangka masa khusus pertama bagi pilihan raya umum di negara itu.
Myanmar dilanda pergolakan sejak awal 2021, apabila tentera negara itu menggulingkan pemerintah awam yang dipilih dan diketuai oleh pemenang Hadiah Nobel Keamanan Aung San Suu Kyi, mencetuskan protes pro-demokrasi yang bertukar menjadi pemberontakan bersenjata yang semakin meluas dan menguasai banyak kawasan di negara itu..
Pemimpin Junta Jeneral Kanan Min Aung Hlaing berikrar untuk mengadakan pilihan raya, walaupun pentadbirannya telah berulang kali melanjutkan perintah darurat di Myanmar, sedang tentera diserang oleh para penentang anti-junta.
Para pengkritik menyifatkan pilihan raya itu sebagai satu penipuan semata-mata bagi memastikan pemimpin Junta terus berkuasa melalui proksi.
Ini memandangkan berpuluh-puluh parti politik telah diharamkan dan junta tentera Myanmar telah hilang kuasa ke atas sebahagian besar negara itu.
"Kami merancang untuk mengadakan pilihan raya yang bebas dan adil tidak lama lagi," kata Encik Min Aung Hlaing dalam lawatan ke Belarus, di mana beliau mengumumkan rangka masa bagi pilihan raya umum itu, lapor akhbar Global New Light of Myanmar.
“53 parti politik sudah pun menyerahkan senarai mereka untuk menyertai pilihan raya,” katanya.

Sumber : Reuters/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.