Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ketua junta Myanmar lanjutkan perintah darurat lagi 6 bulan

Anggaran Waktu Membaca:
Ketua junta Myanmar lanjutkan perintah darurat lagi 6 bulan

Panglima angkatan bersenjata Myanmar, Jeneral Kanan Min Aung Hlaing semasa menyampaikan ucapan di Moskow, Rusia pada 23 Jun 2021 (Gambar fail: Alexander Zemlianichenko/Pool via REUTERS)

YANGON: Ketua junta Myanmar, Min Aung Hlaing, akan melanjutkan tempoh perintah darurat negara itu selama lagi enam bulan, lapor media tempatan pada Isnin (1 Ogos) setelah Majlis Pertahanan dan Keselamatan Negara Myanmar meluluskan usulan tersebut.

Kali pertama junta mengisytiharkan perintah darurat adalah selepas pemerintah yang dipimpin oleh Aung San Suu Kyi ditumbangkan pada Februari tahun lalu.

"Dalam negara kita, kita mesti terus mengukuhkan 'sistem demokratik berbilang parti yang telus dan berdisiplin', sepertimana yang dikehendaki oleh rakyat," kata Jeneral Min Aung Hlaing seperti dinukil oleh Reuters.

Sejak berlaku rampasan kuasa, Myanmar masih dalam keadaan huru-hara dengan konflik tercetus di merata negara tersebut ekoran tindakan pihak tentera meleburkan bantahan-bantahan yang kebanyakannya diadakan secara aman di bandar-bandar negara itu.

Pihak junta turut mendedahkan bahawa ia mengambil alih kuasa kerana berlaku penipuan dalam pilihan raya yang dimenangi oleh parti pimpinan Cik Aung San Suu Kyi.

Ini meskipun setelah kumpulan-kumpulan pemerhati tidak menemui sebarang bukti yang dapat menunjukkan berlaku penipuan secara besar-besaran.

Tentera Myanmar berikrar akan mengadakan pilihan raya umum yang baru pada Ogos tahun depan.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan