Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ketua IMF ramal ekonomi China mungkin tumbuh lebih perlahan

Anggaran Waktu Membaca:
WASHINGTON: Ramalan pertumbuhan yang lebih rendah merupakan "kemungkinan besar" bagi China tahun ini dan seterusnya.

Ramalan itu berikutan langkah China melonggarkan sekatan COVID-19 yang membawa kepada lonjakan jangkitan dan kesukaran sementara.

Demikian dikhabarkan Ketua Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Kristalina Georgieva pada Selasa (13 Dis).

Komennya itu dibuat ketika ekonomi kedua terbesar dunia itu bergelut dengan kes COVID-19 yang meningkat.

Ia disebabkan China melonggarkan kawalan virus tersebut selepas hampir tiga tahun.

Tambah Cik Georgieva, walaupun dasar sifar COVID-19 China telah menjejaskan ekonominya, "pelonggaran sekatan akan menimbulkan beberapa kesukaran dalam beberapa bulan akan datang".

Ia kerana lonjakan jangkitan tidak dapat dielakkan, dengan lebih ramai orang tidak dapat menyertai tenaga buruh buat sementara waktu.

Namun begitu, Cik Georgieva berpendapat apabila China mengatasinya pada separuh kedua tahun ini, mungkin terdapat sedikit peningkatan dalam prospek pertumbuhan.
Sumber : Agensi berita/LL/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan