Ketua IAEA tegaskan loji kuasa nuklear Zaporizhzhia milik Ukraine
Anggaran Waktu Membaca:
Stesen Tenaga Nuklear Zaporizhzhia di tenggara Ukraine adalah loji tenaga nuklear terbesar di Eropah. (Gambar: Andrey BORODULIN/AFP)
KYIV: Ketua badan pemerhati nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan stesen janakuasa nuklear Zaporizhzhia sebagai milik Ukraine dan mencabar dakwaan Presiden Vladimir Putin bahawa loji itu kini sebahagian daripada Rusia.
Encik Putin pada Rabu (5 Okt) mengarahkan pemerintahnya untuk mengambil alih kuasa loji itu yang dirampas oleh tentera Rusia pada Mac. Namun, ketua syarikat tenaga nuklear Ukraine menegaskan pada hari yang sama bahawa Ukraine adalah pemilik loji tersebut.
"Ia berkenaan undang-undang antarabangsa," kata ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Rafael Grossi pada sidang media semasa lawatannya ke Kyiv untuk berbincang dengan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy.
"Kami mahu perang ini berhenti serta merta dan pastinya kedudukan IAEA ialah kemudahan tersebut adalah milik Ukraine."
Loji Zaporizhzhia (ZNPP) di tenggara Ukraine merupakan loji tenaga nuklear terbesar di Eropah dan berada dalam kawalan Rusia sejak 4 Mac. Namun, kakitangan Ukraine masih menjalankan operasi di loji kuasa berkenaan.

BACA:
Encik Grossi yang juga merancang untuk ke Mosko minggu ini berkata beliau telah mengadakan perbincangan 'membina' dengan Encik Zelenskyy mengenai tindakan Rusia mengambil empat wilayah negara itu.
LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.