Ketua Hezbollah ikrar kerjasama dengan tentera Lubnan untuk laksana gencatan senjata
Ketua Hezbollah, Naim Qassem pada Jumaat (29 Nov) berikrar akan bekerjasama rapat dengan tentera Lubnan untuk melaksanakan perjanjian gencatan senjata dengan Israel.
Anggaran Waktu Membaca:
BEIRUT: Ketua Hezbollah, Naim Qassem pada Jumaat (29 Nov) berikrar akan bekerjasama rapat dengan tentera Lubnan untuk melaksanakan perjanjian gencatan senjata dengan Israel.
Langkah tersebut, tegas beliau, dipersetujui Hezbollah telah memberikan persetujuan dengan "penuh keyakinan".
Ini merupakan kali pertama Qassem menyampaikan ucapan sejak gencatan senjata berkuat kuasa pada Rabu lalu (27 Nov), setelah lebih setahun Hezbollah dan Israel bertempur.
Banyak kawasan di Lubnan musnah sementara 4,000 orang, termasuk beratus-ratus wanita dan kanak-kanak, maut dalam pertempuran itu.
Menurut Qassem, Hezbollah "meluluskan perjanjian dengan penuh rasa yakin terhadap hak untuk mempertahankan diri meski dalam kedudukan lebih baik di medan perang".
Di bawah perjanjian tersebut, Hezbollah akan meninggalkan kawasan selatan sungai Litani, yang bersempadan dengan utara Israel.
"Hezbollah dan tentera Lubnan akan bekerjasama rapat untuk melaksanakan komitmen kami terhadap perjanjian itu," kata Qassem.
Tentera Lubnan sudah mengerahkan askar-askar tambahan ke bahagian selatan, tetapi mereka juga sedang menyusun rancangan teliti untuk dibentangkan kepada kabinet Lubnan, menurut sumber dan pegawai keselamatan negara itu.
Namun usaha tersebut menjadi rumit dengan kehadiran tentera Israel yang masih berada di Lubnan.
Perjanjian menetapkan mereka mempunyai 60 hari untuk meninggalkan Lubnan.
Tentera Israel baru-baru ini menyerang dan mengenakan sekatan terhadap para penduduk yang pulang ke rumah masing-masing di sempadan Lubnan dengan Israel.
Ini membuat kedua-dua tentera Lubnan dan Hezbollah menuduh Israel melanggar perjanjian gencatan senjata tersebut.

Sumber : Reuters/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.