Skip to main content

Dunia

Ketua Hamas akan runding gencatan senjata, pembebasan tebusan dalam lawatan ke Mesir

Anggaran Waktu Membaca:
Ketua Hamas akan runding gencatan senjata, pembebasan tebusan dalam lawatan ke Mesir

Gambar yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Iran pada 20 Dis 2023, menunjukkan Menteri Luar Hossein Amir Abdollahian (kiri) bertemu dengan Ketua Hamas yang berpangkalan di Qatar, Ismail Haniyeh (kanan) di Doha. (Gambar: Kementerian Luar Iran/ AFP)

Diterbitkan : 20 Dec 2023 07:28PM Dikemas Kini : 20 Dec 2023 07:30PM
GAZA: Ketua Hamas yang berpangkalan di Qatar, Ismail Haniyeh melakukan lawatan ke Mesir pada Rabu (20 Dis) untuk mengadakan rundingan mengenai gencatan senjata dalam perang Hamas dengan Israel di Gaza.

Beliau juga akan berunding mengenai pertukaran tahanan.

Dalam kenyataannya, Hamas menyatakan Encik Haniyeh juga akan membincangkan mengenai perkembangan serangan Israel di Carikan Gaza dan perkara lain.

Beliau dijangka bersemuka dengan ketua perisikan Mesir untuk berunding mengenai langkah "menghentikan serangan dan perang berkenaan bagi membebaskan para tahanan", nyata sumber yang dekat dengan kumpulan tersebut, kepada AFP.

Encik Haniyeh, yang sebelum ini bertemu dengan Menteri Luar Iran Hossein Amir Abdollahian di Qatar, sedang memimpin "rombongan berperingkat tinggi" ke Mesir, menurut sumber itu. Mesir lazimnya menggalas peranan sebagai pengantara antara Israel dan Palestin.

Sementara itu, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu telah memberitahu keluarga tebusan warga Israel pada Selasa bahawa beliau sudah menghantar ketua perisikannya ke Eropah dua kali dalam usahanya untuk "membebaskan tebusan (warga Israel itu)".

"Ia adalah tanggungjawab kami, saya bertanggungjawab atas pembebasan semua tebusan itu," tegas pemimpin tersebut kepada saudara-mara seramai 129 tebusan yang dipercayai masih ditahan di Gaza.
Sumber : AGENCIES/HA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita