Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ketua Hak Asasi PBB gesa siasatan segera, telus terhadap pembunuhan wartawan Al Jazeera

Anggaran Waktu Membaca:

GENEVA: Ketua Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Sabtu (14 Mei) melahirkan rasa terkejut dengan tindakan kekerasan pihak berkuasa Israel ketika upacara pengebumian wartawan Palestin, Shireen Abu Akleh, lapor  Agensi Anadolu.

Michelle Bachelet turut menggesa siasatan segera dan telus dibuat terhadap pembunuhan itu.

"Saya mengikuti perkembangan situasi di Tebing Barat yang diduduki, termasuk di Baitulmakdis Timur," kata beliau dalam satu kenyataan.

"Rakaman memaparkan polis Israel menyerang orang yang berkabung ketika pengebumian wartawan Shireen Abu Akleh di Baitulmakdis Timur sangat mengejutkan. 

Laporan menunjukkan sekurang-kurangnya 33 orang cedera.

Beribu-ribu rakyat Palestin pada Jumaat (13 Mei) menyertai upacara pengebumian wartawan veteran Al Jazeera di Baitulmakdis Timur.

Cik Bachelet berkata penggunaan kekerasan Israel, dirakam serta disiarkan secara langsung, kelihatan "tidak perlu dan mesti disiasat dengan segera dan telus".

Ketua Hak Asasi PBB itu berkata perlu ada pihak bertanggungjawab "ke atas pembunuhan yang mengerikan bukan sahaja terhadap Abu Akleh tetapi semua pembunuhan dan kecederaan serius di wilayah Palestin yang diduduki".

Cik Bachelet menambah undang-undang antarabangsa memerlukan penyiasatan segera, teliti, telus, bebas dan saksama terhadap semua kekerasan yang mengakibatkan kematian atau kecederaan.

“Pasukan keselamatan Israel telah membunuh 48 rakyat Palestin setakat tahun ini.

"Budaya bebas daripada hukuman ini mesti berakhir sekarang,” tegasnya. 

Cik Shireen, yang ditembak mati di Tebing Barat pada Rabu, dikebumikan pada Jumaat (13 Mei) di tanah perkuburan Kristian Ortodoks bersebelahan bandar lama Baitulmakdis.

Al-Jazeera menuduh pasukan keselamatan Israel sengaja menembak mati wartawan berusia 51 tahun itu.

Imej yang tersebar di internet dan disiarkan saluran TV memaparkan pasukan keselamatan Israel memukul orang yang mengusung keranda di tapak pengebumian.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan