Skip to main content

Dunia

Ketua Gereja Koptik Mesir sertai Imam Al-Azhar batal pertemuan dengan Naib Presiden AS

Ketua Gereja Koptik Mesir, Pope Tawadros II membatalkan satu mesyuarat dengan Naib Presiden Amerika Syarikat Mike Pence yang dijadualkan berlangsung hujung bulan ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Ketua Gereja Koptik Mesir sertai Imam Al-Azhar batal pertemuan dengan Naib Presiden AS

Pope Tawadros II membatalkan satu mesyuarat dengan Naib Presiden Amerika Syarikat Mike Pence yang dijadualkan berlangsung hujung bulan ini. (Gambar: KHALED DESOUKI/AFP)

Diterbitkan : 10 Dec 2017 03:01PM Dikemas Kini : 10 Dec 2017 03:05PM

KAHERAH: Ketua Gereja Koptik Mesir, Pope Tawadros II membatalkan satu mesyuarat dengan Naib Presiden Amerika Syarikat Mike Pence yang dijadualkan berlangsung hujung bulan ini.

Dengan pengumuman yang dikeluarkan semalam (9 Dis) itu, Pope Tawadros II menyertai seorang lagi pemimpin agama Mesir, Imam Besar Al Azhar, Prof Dr Ahmed Mohamed Al-Tayyeb, yang membatalkan pertemuan serupa.

Ini sebagai membantah keputusan Washington untuk mengiktiraf Baitulmakdis sebagai ibu kota Israel.

Menurut kenyataan gereja berkenaan, keputusan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump itu “tidak mengendahkan perasaan berjuta-juta penduduk Arab.” Pihak gereja berkenaan turut menambah bahawa ia tidak akan menyambut Encik Pence apabila beliau tiba di Mesir kelak.

“Gereja Ortodoks Koptik Mesir tidak akan menjemput Naib Presiden Amerika Mike Pence,” menurut gereja itu sambil menambah bahawa ia akan mendoakan untuk “kebijaksaaan dan akan menangani apa jua isu yang menjejas keamanan kesemua penduduk di Timur Tengah”.

Penganut Kristian Koptik Mesir merangkumi sekitar 10 peratus daripada penduduk Mesir yang seramai 93 juta orang. Ia juga merupakan minoriti terbesar di rantau berkenaan. 

Sumber : AFP/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita