Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ketua FDA sokong kaedah alternatif suntik vaksin Nordic Bavaria untuk cacar monyet

Anggaran Waktu Membaca:
Ketua FDA sokong kaedah alternatif suntik vaksin Nordic Bavaria untuk cacar monyet

(Gambar: Francois Lo Presti/AFP)

Diterbitkan : 12 Aug 2022 08:45AM Dikemas Kini : 12 Aug 2022 08:45AM
WASHINGTON: Ketua Jabatan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS) pada Khamis (11 Ogos) menyokong rancangan untuk memberikan suntikan vaksin Nordic Bavaria untuk cacar monyet menggunakan kaedah suntikan intradermal yang tidak masuk ke bawah lapisan kedua kulit dan biasanya digunakan untuk vaksinasi.

Ini selepas syarikat itu menyuarakan keraguan mengenai keselamatan kaedah tersebut disebabkan kurangnya data.

Syarikat tersebut pada Selasa menyatakan ada beberapa bukti bahawa suntikan Jynneos antara lapisan kulit boleh meningkatkan kesan sampingan berbanding dengan kaedah yang diluluskan.

Ketua FDA, Robert Califf, bagaimanapun menyokong kaedah itu sambil berkata bahawa meskipun kaedah suntikan ke dalam lapisan kulit akan mengakibatkan kesan sampingan ringan ke sederhana, ia menghasilkan tindak balas imun yang serupa dengan suntikan vaksin di bawah kulit.

FDA sudah meluluskan pada Isnin (8 Ogos) penggunaan kecemasan suntikan itu dengan mengesyorkan kaedah suntikan alternatif di mana satu botol Jynneos dibahagikan kepada lima dos.

"Ini mungkin memberikan kesan negatif terhadap pengambilan dan liputan vaksin," menurut syarikat itu dalam surat yang ditujukan kepada FDA pada Khamis (11 Ogos).

Syarikat itu juga sedang menguji tahap kekuatan dos vaksin yang beli pemerintah AS sebelum ini yang disimpan di Simpanan Negara Strategik untuk mengkaji sama ada ia boleh digunakan untuk melawan penularan itu.
Sumber : Agensi berita/FA/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa