Ketua Dasar Luar EU cadang sekatan terhadap beberapa menteri Israel
Anggaran Waktu Membaca:
BRUSSELS: Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU), Josep Borrell, telah memulakan proses meminta negara-negara anggota kesatuan tersebut mengenai kemungkinan mengenakan sekatan terhadap beberapa menteri Israel.
Bercakap kepada media menjelang mesyuarat para Menteri Luar EU di Brussels, Encik Borrell berkata menteri-menteri Israel itu melancarkan ujaran-ujaran kebencian terhadap rakyat Palestin.
Menteri-menteri itu juga, tambahnya, telah menyarankan sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.
"Saya memulakan prosedur ini untuk bertanya kepada negara-negara anggota sama ada mereka menganggap sesuai untuk memasukkan beberapa nama menteri Israel di dalam senarai sekatan kami, kerana mengeluarkan mesej kebencian yang tidak boleh diterima terhadap orang-orang Palestin, serta mencadangkan perkara yang jelas bertentangan dengan undang-undang antarabangsa," katanya kepada wartawan.
Bagaimanapun, Encik Borrell tidak menyebut nama menteri-menteri Israel yang dimaksudkannya itu.

Sumber : Reuters/MU/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.