Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ketua Bersatu Klang, 23 ahli jawatankuasa keluar parti

Ketua Bahagian Bersatu Klang Syed Abdillah Syed Abd Aziz hari ini (8 Ogos) mengumumkan peletakan jawatannya itu dan keluar daripada parti tersebut berkuat kuasa serta-merta.

Anggaran Waktu Membaca:
Ketua Bersatu Klang, 23 ahli jawatankuasa keluar parti

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 08 Aug 2020 10:39PM Dikemas Kini : 08 Aug 2020 10:43PM

KLANG: Ketua Bahagian Bersatu Klang Syed Abdillah Syed Abd Aziz hari ini (8 Ogos) mengumumkan peletakan jawatannya itu dan keluar daripada parti tersebut berkuat kuasa serta-merta.

Turut mengumumkan keluar daripada parti berkenaan adalah 23 ahli jawatankuasa (AJK) Bersatu Bahagian Klang. 

"Kami juga membuat keputusan untuk membubarkan Bersatu Bahagian Klang dengan serta-merta. Seluruh barisan Bersatu Bahagian Klang yang diketuai saya sendiri, secara sebulat suara hilang kepercayaan terhadap kepimpinan peringkat Penaja Bersatu," katanya dalam sidang media khas pembubaran Bersatu Bahagian Klang di sini.

Syed Abdillah berkata susulan pengumumannya keluar daripada parti itu, sebanyak 10 cawangan Bersatu Bahagian Klang yang melibatkan lebih 2,800 ahli turut terbubar secara automatik.

Katanya, Bersatu Bahagian Klang juga mencapai kesepakatan untuk menyertai parti baru yang ditubuhkan bekas Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad, semalam.

Terdahulu pada sidang media berasingan di Kuala Selangor, Ahli Dewan Undangan Negeri Jeram yang juga Ketua Bahagian Bersatu Kuala Selangor Mohd Shaid Rosli turut mengumumkan keluar daripada parti berkenaan serta-merta dan bergerak sebagai wakil rakyat bebas.

Sumber : Bernama/SU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan