Skip to main content

Dunia

Ketua baharu SPRM Abdul Halim mula tugas secara rasmi

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu Abdul Halim Aman memulakan tugas secara rasmi pada Rabu (13 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Ketua baharu SPRM Abdul Halim mula tugas secara rasmi

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu Abdul Halim Aman memulakan tugas secara rasmi pada 13 Mei 2026. (Gambar: SPRM)

New: You can now listen to articles.

This audio is generated by an AI tool.

Diterbitkan : 13 May 2026 03:54PM
PUTRAJAYA: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu Abdul Halim Aman memulakan tugas secara rasmi pada Rabu (13 Mei).

Beliau menggantikan Azam Baki yang menamatkan perkhidmatan selepas 42 tahun berkhidmat dalam SPRM, pada Selasa. 

Ketua Setiausaha Negara Shamsul Azri Abu Bakar dalam kenyataannya pada Rabu merakamkan ucapan tahniah kepada Encik Abdul Halim atas pelantikannya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu berkuat kuasa pada Rabu.

“Insya-Allah, saya percaya dengan kredibiliti dan pengalaman beliau dalam jalur perundangan akan terus memberikan nilai tambah, memperkukuh peranan serta mengangkat kedudukan SPRM sebagai badan penguat kuasa yang berprestij di dalam dan luar negara. Selamat berkhidmat!” katanya dalam catatannya di laman Facebook rasminya pada Rabu. 

Encik Shamsul Azri turut berkongsi gambar penyerahan watikah pelantikan Encik Abdul Halim sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu.

Sementara itu, Encik Shamsul Azri juga merakamkan penghargaan kepada Encik Azam dan menyifatkan banyak kejayaan dan reformasi yang dilaksanakan dalam menerajui SPRM sebagai sebuah badan penguat kuasa yang unggul.

“Jasa bakti (Azam) akan sentiasa dikenang dan semoga terus menyumbang kepada negara dalam apa jua kapasiti selepas ini,” katanya.

Pada 25 April lalu, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenan pelantikan Abdul Halim yang juga mantan Hakim Mahkamah Tinggi sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu, berkuat kuasa pada 13 Mei.
Sumber : Bernama/IM/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita