Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ketua ajaran sesat PMYT isytihar taubat secara terbuka hari ini

Ketua ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) Sittah Annur, 39 tahun, akan mengumumkan pengisytiharan taubat (Istitabah) secara terbuka hari ini (27 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Ketua ajaran sesat PMYT isytihar taubat secara terbuka hari ini

(Gambar: PDRM melalui BERNAMA)

Diterbitkan : 27 Sep 2021 08:58AM Dikemas Kini : 27 Sep 2021 08:59AM

KUALA LUMPUR: Ketua ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) Sittah Annur, 39 tahun, akan mengumumkan pengisytiharan taubat (Istitabah) secara terbuka hari ini (27 Sep).

Sittah atau nama sebenarnya Masitah Ab Jalar akan membuat pengisytiharan itu menerusi Facebook rasmi Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada jam 10.00 pagi.

Menurut laporan Harian Metro, majlis akan dihadiri Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Abdul Aziz Mohd Yusof; Mufti Selangor Dr Anhar Opir; Pengarah Jais Mohd Shahzihan Ahmad dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Abdul Aziz Jusoh.

"Masitah dijangka akan membaca teks Istitabah dan menandatangani dokumen perakuan taubat yang akan disaksikan oleh empat saksi utama.

"Majlis dijangka selesai selepas teks dan perakuan taubat ditandatangani," kata sumber itu kepada Harian Metro.

Tambah sumber itu lagi, kebiasaannya selepas dokumen perakuan taubat dibuat, waran tangkap terhadapnya juga terbatal.

Ajaran PMYT mula didedahkan Harian Metro pada 29 Ogos lalu dengan 13 aduan polis dibuat terhadap kumpulan tersebut.

Wanita berasal dari Kelantan dan menetap di Shah Alam itu dikesan sejak enam bulan lalu menggunakan media sosial seperti Facebook, YouTube dan Telegram untuk berkongsi pelbagai ramalan termasuk Perang Dunia Ketiga kononnya berlaku di Sabah sebelum dia memimpin pasukannya untuk mencari Imam Mahdi bagi melawan musuh.

Dia kemudian ditahan polis sebelum terbongkar penemuan dana sumbangan pengikutnya sebanyak RM84,721.42 (S$27,379).

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan