Ketokohan Ratu Elizabeth II menyerlah sejak naik takhta pada usia 25 tahun
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar fail Ratu Elizabeth dipetik pada 14 Okt 2021. (Gambar: Jacob King/Pool via REUTERS)
LONDON: Raja paling lama bertakhta dalam sejarah dunia moden, Ratu Elizabeth II, menghembuskan nafas terakhir pada tengah hari Khamis (waktu tempatan 8 Sep).
Ratu Elizabeth mangkat pada usia 96 tahun di Istana Balmoral, Scotland, menurut kenyataan Istana Buckingham.
Serentak dengan pengumuman itu, bendera di Britain dan seluruh Komanwel diturunkan separuh tiang, sementara semua jadual siaran televisyen dan radio dikemas kini bagi menghormati kemangkatannya, lapor Astro Awani.
Awal dari itu, Istana Buckingham mengeluarkan kenyataan mengenai tahap kesihatan Ratu Elizabeth pada sekitar tengah hari waktu tempatan.
Kenyataan itu turut menyatakan bahawa keadaan kesihatannya dipantau dengan rapi.
Menyusul kenyataan itu, para anggota kerabat diraja, antaranya Putera Charles (kini Raja Charles) dan Puteri Anne, dilapor berangkat ke Istana Balmoral, untuk berada di sisinya.
Ratu Elizabeth atau Elizabeth Alexandra Mary dilahirkan di 17 Bruton St, London, pada 21 April 1926.
Ratu Elizabeth adalah ratu pemerintah kepada 15 negara termasuk Britain, Australia, Kanada, New Zealand, Jamaica, Antigua dan Barbuda, Bahamas, Belize, Grenada, Papua New Guinea, Kepulauan Solomon, St Kitts dan Nevis, St Lucia, St Vincent dan Grenadines dan Tuvalu.

Sumber : Agensi berita/AW/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.