Ketika sibuk beraya, jangan sampai tidak endah kesihatan anak
Anggaran Waktu Membaca:

Kanak-kanak kecil di sebuah taman permainan. (Gambar: Alex Liew/iStockphoto)
MALAYSIA: Selepas dua tahun menyambut Hari Raya secara sederhana dengan pelbagai sekatan COVID-19, sudah pasti ramai orang tidak sabar untuk 'bayar niat' dan sambut puas-puas tahun ini.
Pantang ada acara rumah terbuka atau ada masa lebih untuk melawat sanak saudara, pasti akan penuhi jemputan.
Tetapi dalam seronok beraya ini, jangan lupa pantau kesihatan anak-anak.
Sepenat mana pun ibu bapa beraya dan sekarang ini sudah mula bekerja, jangan lupa lihat perubahan anak-anak jika ada sebarang gejala atau sesuatu yang pelik pada tubuh badan mereka.
Lebih-lebih lagi jika mereka sendiri mengaku rasa tak sedap badan.
Sekarang ini bukan sahaja COVID-19 yang perlu dijaga, tetapi macam-macam lagi penyakit lain yang ada di sekeliling kita termasuklah penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD), lapor Astro Awani.
Berikut adalah beberapa langkah yang boleh anda ambil semasa beraya:
1. Jika anak ada mengalami batuk, selesema, demam, memang tidak disarankan untuk beraya kerana risiko berjangkit.
2. Kes COVID-19 dalam kalangan anak-anak semakin meningkat penuh. Dapatkan vaksin untuk perlindungan.
3. Apabila datang beraya, jangan ambil mudah cium bayi orang terutamanya di mulut. Risiko jangkitan sangat tinggi.
4. Penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) semakin menular. Cuba elak bawa anak-anak ke taman permainan, kolam renang dan tempat awam. Sentiasa bersihkan tangan mereka.
5. Cuba dapatkan vaksin Pneumokokal. Jenis Prevenar 13. Vaksin itu akan dapat kurangkan risiko jangkitan paru-paru. Tempoh perlindungan seumur hidup. Untuk anak-anak 2 tahun, hanya 1 dos diperlukan.
6. Untuk elak anak mudah dijangkiti selesema disebabkan jangkitan virus, disarankan untuk mengambil vaksin Influenza. Terutamanya anak kurang 5 tahun.
7. Larang anak-anak bermain mercun dan pantau mereka ketika bermain bunga api. Banyak berlaku kes kecederaan akibat mercun sehingga menyebabkan tangan hancur
Dalam keseronokan menyambut Aidilfitri, ibu bapa perlu berwaspada dengan kesihatan dan keselamtaan anak-anak mereka.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.