Skip to main content

Dunia

Ketersambungan, kerjasama aktif tumpuan Sidang Puncak ke-7 Jalur Ekonomi Laluan Sutera

Timbalan Perdana Menteri China Han Zheng berkata inisiatif Jalur Ekonomi Laluan Sutera China menggalak kerjasama aktif, dengan perdagangan melebihi AS$10 trilion (S$14 trilion).

Anggaran Waktu Membaca:
Ketersambungan, kerjasama aktif tumpuan Sidang Puncak ke-7 Jalur Ekonomi Laluan Sutera

Sidang Puncak ke-7 Jalur Ekonomi Laluan Sutera. (Gambar: MCI/Liu Ying)

HONG KONG: Ketersambungan dan kerjasama menjadi perkara utama yang dibincangkan semasa Sidang Puncak ketujuh Jalur Ekonomi Laluan Sutera, yang diadakan di Hong Kong hari ini (31 Ogos).

Dalam ucapannya, Timbalan Perdana Menteri China Han Zheng berkata inisiatif Jalur Ekonomi Laluan Sutera China itu menggalak kerjasama aktif.

Malah menurut beliau, perdagangan di bawah inisiatif itu melebihi AS$10 trilion (S$14 trilion).

Pemerintah pusat, tambahnya, memberikan sokongan penuh kepada Hong Kong untuk menjalinkan kerjasama dengan negara-negara timur dan barat.

Sidang puncak itu juga merupakan kali pertama Ketua Eksekutif Hong Kong John Lee memberi ucapan kepada tokoh-tokoh asing sejak beliau menyandang jawatan tersebut.

Encik Lee berikrar untuk memperkukuh kerjasama meskipun sedang negara-negara di merata dunia meningkatkan dasar fahaman perlindungan.

Beliau turut menarik perhatian bahawa Hong Kong sudah mendaftarkan diri untuk menyertai Kerjasama Ekonomi Menyeluruh Serantau (RCEP).
Sumber : CNA/AI/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita