Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ketegangan Israel Palestin: PM Israel adakan perbincangan dengan Setiausaha Agung PBB

Perdana Menteri Israel Naftali Bennett pada Sabtu (23 Apr) mengadakan perbualan menerusi telefon dengan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres mengenai perkembangan terkini ketegangan Israel-Palestin, lapor Agensi Berita Xinhua memetik kenyataan pejabat perdana menteri.

Anggaran Waktu Membaca:
Ketegangan Israel Palestin: PM Israel adakan perbincangan dengan Setiausaha Agung PBB

PM Israel Naftali Bennett mempengerusi sidang Kabinet pertama pemerintahnya di Baitulmakdis pada 20 Jun 2021. (Gambar: Reuters/Emmanuel Dunand, Pool)

BAITULMAKDIS: Perdana Menteri Israel Naftali Bennett pada Sabtu (23 Apr) mengadakan perbualan menerusi telefon dengan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres mengenai perkembangan terkini ketegangan Israel-Palestin, lapor Agensi Berita Xinhua memetik kenyataan pejabat perdana menteri.

Encik Bennett menyatakan kekecewaannya "apabila tiada kecaman daripada PBB ekoran insiden bedilan roket ke Israel." 

Beberapa roket dilepaskan ke Israel dari Gaza pada minggu lalu. Sebagai tindak balas, Israel mengumumkan penutupan sementara laluan pejalan kaki tunggal dari Gaza ke Israel, meskipun beribu-ribu penduduk Gaza menyeberang ke Israel setiap hari untuk mencari rezeki.

Selain itu, baru-baru ini berlaku pertempuran antara penduduk Palestin dan polis Israel di Masjid Al-Aqsa.

Tahun lepas, pertempuran di tapak suci itu mencetuskan perang 11 hari antara Israel dan Carikan Gaza yang dikuasai Hamas.

Sumber : Bernama/SU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan