Skip to main content

Dunia

Ketegangan Indonesia-China: Kapal China tinggalkan Natuna

Puluhan kapal China yang sebelum ini memancing di Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) Indonesia di Natuna sudah meninggalkan kawasan itu, menurut tentera Indonesia pada Khamis (9 Jan), menyusuli ketegangan beberapa hari.

Anggaran Waktu Membaca:
Ketegangan Indonesia-China: Kapal China tinggalkan Natuna

Presiden Jokowi membuat lawatan ke Natuna (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 09 Jan 2020 11:00PM Dikemas Kini : 09 Jan 2020 11:08PM

JAKARTA: Puluhan kapal China yang sebelum ini memancing di Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) Indonesia di Natuna sudah meninggalkan kawasan itu, menurut tentera Indonesia pada Khamis (9 Jan), menyusuli ketegangan beberapa hari.

Kapal-kapal Cina memasuki perairan Natuna, berhampiran Laut China Selatan yang dipertikaikan bulan lalu, mendorong Indonesia memanggil duta besar China di Jakarta dan mengerahkan lapan kapal perang serta empat jet pejuang ke kawasan itu.

"Kapal nelayan China sudah tiada, mereka meninggalkan kawasan menghala ke utara," kata Panglima Kawalan Kawasan Pertahanan Bersama I, Naib Laksamana Yudo Margono di Jakarta.

"Mereka semua keluar (dari EEZ Indonesia)."

Pihak berkuasa Indonesia sebelum ini menemui tiga kapal pengawal pantai China di Natuna dan pada Khamis, dua masih berada di kawasan itu.

"Pasukan pengawal pantai sedang bergerak dan hari ini mereka menuju ke Malaysia ... Mereka menuju ke arah lurus," kata Naib Laksamana Margono.

Perkembangan itu berlaku sehari selepas Presiden Joko Widodo membuat lawatan ke Natuna untuk menekankan kedaulatan Indonesia.

Semasa lawatan sehari itu, Encik Widodo menegaskan bahawa perairan itu milik Indonesia.

Meskipun kapal-kapal China sedang meninggalkan EEZ Indonesia, naib laksmana itu berkata Indonesia akan terus mengawal kawasan itu.

Setakat Khamis, terdapat tujuh kapal perang dan empat jet pejuang di Natuna, menurut pihak berkuasa.

Ini berbanding sekitar tiga atau empat kapal perang yang biasanya berada di Natuna, kata naib laksamana itu.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita