Ketegangan antara AS dengan China meningkat
Pertikaian antara Amerika Syarikat dengan China semakin meluas.
Presiden Trump. (Gambar: Alex Brandon/AP Photo)
BEIJING: Pertikaian antara Amerika Syarikat dengan China semakin meluas.
Ia kini memasuki bidang undang-undang dan Hong Kong terperangkap lagi di dalamnya.
Pertikaian terbaru itu ada kaitan dengan undang-undang keselamatan nasional yang baru bagi Hong Kong.
Pada Khamis (20 Ogos), Beijing menyatakan Hong Kong akan menggantung perjanjiannya dengan Amerika untuk saling membantu dalam bidang undang-undang.
Ia merupakan tindak balas pantas Beijing selepas Amerika secara sepihak membatalkan tiga perjanjiannya dengan wilayah khas China itu.
Tiga perjanjian tersebut adalah mengenai ekstradisi pesalah dan pengecualian cukai bagi industri perkapalan.
Pemerintah Hong Kong menuduh Washington tidak menghormati perjanjian-perjanjian dua hala serta berbilang pihak dan menjadikan wilayah itu sebagai alat permainan politiknya.
Hong Kong juga memberi amaran Amerika yang akan lebih rugi kerana membatalkan perjanjian ekstradisi dua hala.
Menurut pemerintah Hong Kong ia sudah menyerahkan lebih ramai pesalah kepada Amerika.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.