Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kesilapan teknikal mungkin punca tragedi kereta api di India

Anggaran Waktu Membaca:
 Kesilapan teknikal mungkin punca tragedi kereta api di India

(Gambar: AFP/Dibyangshu Sarkar)

NEW DELHI: Kesilapan teknikal mungkin menjadi punca kepada nahas pelanggaran tiga buah kereta api yang mengorbankan hampir 300 nyawa di Odisha, timur India pada Jumaat (2 Jun) malam.

Laporan Hindustan Times, dikeluarkan mendakwa kereta api Coromandel Express Howrah-Chennai memasuki laluan kereta api berlainan di Balasore disebabkan kesilapan isyarat, seperti dipetik Astro Awani.

Hasil siasatan awal pegawai kanan pengurusan kereta api mendedahkan, kesilapan teknikal mungkin menyebabkan kereta api Coromandel Express memasuki laluan kereta api kargo yang ditempatkan di lokasi itu.

Jelas laporan itu, ia mengakibatkan tiga kereta api bertembung di daerah Balasore, Odisha sehingga mengorbankan sekurang-kurangnya 290 orang dan lebih 1,100 cedera.

Malah, jelas laporan itu, pihaknya mendapati sebahagian laluan terbabit juga mengalami kerosakan.

Laporan yang diperoleh Hindustan Times mendakwa kereta api Coromandel Express Howrah-Chennai memasuki laluan berhampiran stesen kereta api Bahanaga Bazar di Balasore kira-kira pukul 7.00 malam waktu tempatan disebabkan kesilapan teknikal.

Bagaimanapun, laporan itu ditarik balik dengan serta-merta.

Laporan itu turut mendakwa kereta api Coromandel Express memasuki laluan terbabit pada kelajuan lebih 120 kilometer sejam.

Sekurang-kurangnya 290 orang terbunuh dan 1,100 lagi cedera dalam nahas kereta api paling buruk dalam tempoh lebih sedekad.

Ketua Setiausaha Odisha, Pradeep Jena memaklumkan angka kematian akibat nahas itu dijangka meningkat lagi.

Katanya, lebih 200 ambulans dan 180 anggota perubatan kecemasan dikerahkan ke lokasi kejadian.

Nahas berlaku kira-kira pukul 7.00 malam waktu tempatan pada Jumaat apabila kereta api Howrah Superfast Express dalam perjalanan dari Bangalore ke Howrah, West Bengal bertembung dengan Coromandel Express dari Kolkata ke Chennai.

Dalam pada itu, Perdana Menteri India, Narendra Modi berikrar, hukuman berat menanti mereka yang didapati bersalah dengan kejadian itu.

Encik Modi yang turun padang ke lokasi kejadian melihat sendiri tahap kemusnahannya berkata, siasatan menyeluruh kini sedang dijalankan oleh pelbagai pihak dengan arahan juga sudah dikeluarkan mengenainya.

Beliau turut sifatkan insiden sebagai sesuatu yang dahsyat dan menyedihkan selain memeritkan
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan