Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kesilapan kapsyen 'Singapura, Malaysia' Nat Geo UK cetus pelbagai reaksi warganet

National Geographic UK masih belum memadam atau membetulkan catatan yang menyatakan bahawa Singapura terletak di Malaysia.

Anggaran Waktu Membaca:
Kesilapan kapsyen 'Singapura, Malaysia' Nat Geo UK cetus pelbagai reaksi warganet

(Gambar: Petikan skrin Facebook/National Geographic UK)

KUALA LUMPUR: Kesilapan National Geographic UK dalam menyatakan bahawa Singapura terletak di Malaysia di laman Facebooknya mengundang pelbagai kritikan, sindiran dan juga jenaka dalam kalangan warganet di Malaysia.

Gambar yang dimuat naik di laman Facebook 'Nat Geo UK' menulis "From the Archive: A family from India walks through the Gardens by the Bay in Singapore, Malaysia" (Dari Arkib: Sebuah keluarga dari India berjalan-jalan di Taman di Pesisiran di Singapura, Malaysia).
Kapsyen berkenaan, menurut Malaysiakini, sekali gus mendorong warga maya di Malaysia meninggalkan pelbagai komen jenaka ekoran kesilapan itu, termasuk Golden Screen Cinemas (GSC) dan MGAG.

GSC memuat naik gambar bahagian dalam pawagam dan menggambarkannya sebagai "teater IMAX yang dibina dengan vibranium di Wakanda, Johor Bahru", merujuk kepada filem Marvel Black Panther.

MGAG pula memuat naik gambar Menara Telekom dengan keterangan "Dari arkib: Spiderman memanjat Menara Avengers, New York City, Malaysia", seperti dipetik Malaysiakini.

Tourism Malaysia pula menjelaskan, “Tuan atau puan yang dihormati, itu adalah Singapura. Ini Malaysia,” dan disertakan gambar Pintasan Saloma di Kampung Baru dengan latar belakang Menara Berkembar Petronas Kuala Lumpur (KLCC).

Setakat ini, National Geographic UK masih belum memadam atau membetulkan catatan tersebut, lapor Malaysiakini.
Sumber : Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan