Kesihatan mental kanak-kanak di Gaza di tahap kritikal
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP/MOHAMMED ABED)
RAMALLAH: Serangan tanpa henti Israel di Carikan Gaza memburukkan lagi krisis kesihatan mental kanak-kanak, apabila tiada lagi perkhidmatan kesihatan mental, menurut badan bukan pemerintah (NGO) Save the Children.
"Israel terus membedil ribuan kawasan awam di Gaza sejak sebulan lalu, termasuk sekolah dan hospital yang telah menjejaskan kesihatan mental kanak-kanak," menurut badan itu dalam laman internet mereka.
Sejak lebih sebulan lalu, 4,008 kanak-kanak terbunuh manakala 1,270 kanak-kanak lain hilang, dipercayai terperangkap di bawah runtuhan.
Menurut agensi kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA), prasarana awam terjejas termasuk 253 kemudahan pendidikan, 101 kemudahan kesihatan, 58 tempat ibadat, tiga kem pelarian dan lebih 40,000 unit kediaman.
Pakar perubatan di Gaza termasuk Medecins Sans Frontiers/Doctors without Borders menjelaskan bahawa kanak-kanak yang kehilangan anggota keluarga yang sedang dirawat semakin ramai, dan mereka diletakkan di bawah kategori "WCNSF" (Kanak-Kanak Cedera Tanpa Ahli Keluarga Masih Hidup), menurut kenyataan itu.
Dalam pada itu, pakar kesihatan mental Save the Children memberi amaran bahawa konflik di Gaza mendedahkan kanak-kanak kepada trauma.
"Tiada tempat selamat, tiada lagi jaminan keselamatan dengan ribuan orang hilang tempat tinggal.
"Kanak-kanak menghadapi pelbagai gejala trauma, termasuk kebimbangan, ketakutan, bimbangkan orang yang mereka kasihi, mimpi ngeri, insomnia dan memencilkan diri," tambah kenyataan tersebut.
Sejak sekatan darat, udara dan laut dikenakan pada 2007, hak kehidupan kanak-kanak di Gaza sudah dirampas, dihimpit dengan keganasan dan tiada lagi kebebasan yang hakiki.
Laporan yang diterbitkan oleh Save the Children pada Jun 2022 menunjukkan bahawa kesihatan mental kanak-kanak sudah mencapai tahap kritikal.
Sebanyak 80 peratus kanak-kanak dilaporkan sering berada dalam ketakutan, kebimbangan dan kesedihan.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.