Kesesakan 6 kilometer di Lebuhraya Karak, treler terbabas masuk longkang
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Polis Diraja Malaysia)
BENTONG: Kesesakan sepanjang kira-kira enam kilometer berlaku lebih 10 jam pada Ahad (12 Mac)
Ia melibatkan sebuah treler muatan baja terundur dan terbabas ke dalam longkang di Kilometer 40.9 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak, menurut laporan Astro Awani.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, kejadian itu berlaku pada pukul 3.00 pagi dengan kemuncak kesesakan dilaporkan pada pukul 11.30 pagi.
Menurutnya, treler tersebut dipandu oleh seorang lelaki Malaysia berusia 50 tahun dalam perjalanan dari Subang, Selangor menghala ke Kuala Terengganu untuk menghantar baja.
"Setibanya di tempat kejadian, treler berkenaan mengalami masalah brek dan pemandunya cuba memberhentikan kenderaan."
"Cubaan pemandu gagal dan treler berkenaan terus terundur ke belakang menyebabkan jentera berat ini terbabas ke tepi jalan," katanya dalam kenyataan di Bentong pada Ahad.
Menurut Encik Zaiham, bahagian kepala treler mengalami kerosakan dan tidak dapat dialihkan sehingga berlaku kesesakan lalu lintas kira-kira enam kilometer, seperti dipetik laporan Astro Awani.
"Kemuncak kesesakan berlaku kira-kira 11.30 pagi kerana treler tersebut masih belum dialihkan namun pemilik treler telah dipanggil untuk tindakan lanjut."
"Pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes ini disiasat di bawah Peraturan 10 LN 166/59," katanya.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.