Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kesemua 63 jemaah umrah M'sia terkandas di Saudi selamat dibawa pulang

Anggaran Waktu Membaca:
PUTRAJAYA: Kesemua 63 orang jemaah umrah warga Malaysia yang terkandas di Arab Saudi sejak Jun lalu sudah selamat dibawa pulang, dengan kumpulan terakhir 23 orang jemaah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Sabtu (12 Nov).
Wisma Putra dalam kenyataan pada Sabtu (12 Nov) memaklumkan kumpulan seramai 23 orang itu tiba pada jam 1.20 tengah hari menerusi penerbangan Malaysia Airlines (MH8023) dari Jeddah, Arab Saudi, selepas kumpulan pertama seramai 36 orang tiba pada 4 Nov, diikuti dengan kumpulan kedua seramai empat orang pada 7 Nov.

“Urusan membawa pulang jemaah umrah yang terkandas ini telah dilaksanakan dengan mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi."

“Kerajaan Malaysia juga ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu usaha ini,” tambah kenyataan tersebut.

Warga Malaysia dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi dan menghormati undang-undang negara tuan rumah bagi mengelakkan sebarang kesulitan ketika berada di luar negara.

Dalam kenyataan sebelum ini, Wisma Putra dan Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memaklumkan seramai 63 jemaah umrah negara ini yang terdiri daripada 28 dewasa dan 35 kanak-kanak terkandas di Arab Saudi sejak Jun lalu.

Menurut laporan media, kesemua jemaah itu sudah dibawa ke Madinah oleh kumpulan tarekat Naqsyabandiyah Al-Kholidiah untuk mengerjakan ibadah umrah pada Mac lalu.

Namun, mereka hanya berada di Madinah dan tidak dibawa ke Makkah untuk menyempurnakan ibadah umrah selepas ketua kumpulan tarekat berkenaan diusir keluar oleh Kerajaan Arab Saudi pada 20 Ogos lalu kerana dikatakan melanggar undang-undang tempatan.
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan