Skip to main content

Dunia

Keselamatan PM, imej negara antara faktor utama ubah suai Seri Perdana

Kerja-kerja ubah suai dan naik taraf Kompleks Seri Perdana dilakukan setelah mengambil kira faktor-faktor keselamatan Perdana Menteri.

Anggaran Waktu Membaca:
Keselamatan PM, imej negara antara faktor utama ubah suai Seri Perdana

Perdana Menteri Malaysia Ismail Sabri Yaakob. (Gambar fail: BERNAMA)

Diterbitkan : 28 Sep 2021 01:46PM Dikemas Kini : 28 Sep 2021 01:48PM

KUALA LUMPUR: Kerja-kerja ubah suai dan naik taraf Kompleks Seri Perdana dilakukan setelah mengambil kira faktor-faktor keselamatan Perdana Menteri.

Menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan antara faktor lain termasuk memastikan imej negara dalam menyambut tetamu-tetamu utama negara semasa program-program rasmi Perdana Menteri.

"Pengubahsuaian ini meliputi skop-skop utama seperti penambahbaikan pendawaian elektrikal, mekanikal, serta sistem penghawa dingin dan pengubahsuaian struktur di Blok Kediaman Rasmi serta penggantian perabot-perabot rasmi yang telah uzur dan daif, sesuai dengan status kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia," memetik jawapan bertulis bertarikh 27 September itu, lapor Astro Awani.

Perdana Menteri Ismail Sabri menjawab soalan Encik Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) yang ingin tahu mengenai status projek ubah suai kediaman rasmi Perdana Menteri ke-8 di Seri Perdana yang dikatakan menelan belanja sebanyak RM30 juta (S$9.7 juta).

Beliau juga ingin tahu mengapa projek yang mewah itu perlu dibuat semasa rakyat sedang berperang dan terkesan dengan pandemik COVID-19 selain komponen dan skop yang terlibat.

Memetik jawapan bertulis itu lagi, Astro Awani melaporkan bahawa pengubahsuaian kediaman rasmi itu dilaksanakan seperti yang dijadualkan di mana sehingga 31 Ogos lalu, status kerja-kerja pengubahsuaian telah mencapai 60 peratus.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita