Keselamatan dipertingkat jelang Sidang Puncak ASEAN di Laos
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Bernama)
VIENTIANE: Pihak berkuasa Laos mempertingkatkan langkah keselamatan menjelang Sidang Puncak ASEAN ke-44 dan ke-45, serta mesyuarat berkaitan yang dijadual berlangsung di Vientiane dari 8 hingga 11 Oktober.
Agensi berita Vietnam (VNA) melaporkan Ketua Polis Trafik Vientiane, Sen. Lt. Kol. Sangkhom Phommalath mendedahkan rancangan melibatkan lebih 200 pusat pemeriksaan yang dikendalikan oleh lebih 700 pegawai, bagi menguruskan lalu lintas dan memastikan pergerakan selamat dan lancar untuk pemimpin kanan serta wakil dari pelbagai negara serta organisasi antarabangsa yang menghadiri sidang terbabit.
Semua persiapan selesai dilaksanakan setakat ini.
Menurut laporan VNA, Perdana Menteri Laos Sonexay Siphandone turut menyeru semua pegawai, anggota tentera, pegawai keselamatan awam dan rakyat untuk melaksanakan tugas, peranan dan tanggungjawab masing-masing dengan aktif bagi memastikan kejayaan mesyuarat itu.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.