Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kesediaan pengangkutan untuk jemaah haji cabaran hebat bagi Arab Saudi

Dengan jutaan jemaah haji berhimpun di kota suci Makkah untuk menunaikan haji secara tahunan, menyediakan pengangkutan bagi mereka membawa satu cabaran besar buat Kerajaan Arab Saudi.

Anggaran Waktu Membaca:
Kesediaan pengangkutan untuk jemaah haji cabaran hebat bagi Arab Saudi

Gambar fail para jemaah haji berwukuf di Arafah. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 12 Aug 2019 08:57PM Dikemas Kini : 12 Aug 2019 08:59PM

ARAFAH: Dengan jutaan jemaah haji berhimpun di kota suci Makkah untuk menunaikan haji secara tahunan, menyediakan pengangkutan bagi mereka membawa satu cabaran besar buat Kerajaan Arab Saudi.

“Kami menerima hampir 2.5 juta jemaah tahun ini dan menyediakan pengangkutan untuk kesemua jemaah ini adalah satu cabaran,” kata Menteri Pengangkutan Arab Saudi Nabil al-Amoudi.

Menurut Encik al-Amoudi, "7,400 pesawat yang penuh dengan jemaah haji tiba tahun ini melalui lapangan terbang Jeddah serta Madinah" dan "lebih 18,000 bas dikerahkan" untuk membawa mereka.

Menunaikan haji adalah rukun Islam kelima yang wajib dilaksanakan oleh setiap umat Islam yang berkemampuan, sekali seumur hidup.

Satu laluan metro khas yang menghubungkan tiga peringkat ibadah haji akan membawa 360,000 jemaah tahun ini, mencatat satu lagi rekod menurut menteri pengangkutan berkenaan.

Laluan yang mula dibuka pada 2010 itu berbeza kerana ia hanya beroperasi lima hari setahun.

Daripada 2.49 juta jemaah yang menunaikan ibadah haji tahun ini, sebahagian besar mereka akan tiba melalui udara dan hanya beberapa ribu sahaja menerusi laluan darat serta laut.

Sejumlah jemaah haji juga pergi ke Madinah meskipun ia bukan bahagian wajib haji.

Pada hujung September lalu, satu laluan kereta api berkelajuan tinggi dibuka, menghubungkan Makkah dan Madinah hanya dalam masa dua setengah jam lantas mengurangkan masa perjalanan sebelumnya.

Tahun ini, terang Encik al-Amoudi, kereta api yang digelar Haramain itu akan mengangkut antara 20,000 hingga 30,000 jemaah haji, sebelum meningkatkan muatannya secara berperingkat pada tahun-tahun mendatang.

Bagi kawasan di sekitar Makkah, pengangkutan buat sepanjang bulan haji masih dalam keadaan huru-hara.

Ribuan bas menyebabkan kesesakan lalu lintas yang tidak dapat dielakkan pada setiap waktu dan ini bermakna perjalanan sekitar 12 kilometer boleh memakan masa sehingga setengah hari atau bahkan lebih lama.

Asap yang dilepaskan bas-bas itu bukan sahaja mengakibatkan masalah pernafasan terutama sekali di puncak Arafah sekali gus memaksa para jemaah untuk memakai pelitup muka.

“Berhubung pencemaran yang dihasilkan oleh bas terlibat, kami sedang mempertimbangkan langkah wajar untuk mengurangkan pengeluaran asap itu,” kata Encik al-Amoudi. 

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan