Kesan krisis Gaza: 500,000 kanak-kanak Palestin mungkin perlu sokongan psikologi
Pertempuran Israel-Palestin yang baru ditamatkan terus menjejas teruk golongan kanak-kanak Palestin. Dianggarkan 500,000 kanak-kanak Palestin mungkin perlu sokongan psikologi.
TEBING BARAT: Pertempuran Israel-Palestin yang baru ditamatkan terus menjejas teruk golongan kanak-kanak Palestin.
Dianggarkan 500,000 kanak-kanak Palestin mungkin perlu sokongan psikologi.
Salah seorang kanak-kanak seperti itu yang terjejas adalah Suzy Eshkuntana, yang sudah tiga minggu dikeluarkan daripada runtuhan rumahnya di Gaza.
Serangan udara Israel itu turut menyebabkan ibu dan empat orang anggota keluarga Suzy terkorban.
Namun sehingga kini, Suzy tidak lalu makan dan bermain selain tidak dapat tidur dengan nyenyak.
Menurut UNICEF, 11 hari pertempuran antara Israel dengan kumpulan Hamas telah menyebabkan golongan kanak-kanak Palestin dalam keadaan trauma.
Sekarang pakar psikologi mengunjungi Suzy dengan kerap untuk membantunya mengatasi rasa trauma itu.
Menurut para pakar, kemurungan dan rasa tidak selamat paling banyak dihadapi para penduduk Gaza.
Sekitar 50 peratus penduduk Gaza berusia di bawah 18 tahun.
LAPORAN BERKAITAN:
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.