Kes Zara Qairina: 5 remaja didakwa atas tuduhan guna perkataan mencela
Anggaran Waktu Membaca:

Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu. (Gambar: BERNAMA)
KOTA KINABALU: Lima remaja perempuan didakwa di Mahkamah Kanak-Kanak pada Rabu (20 Ogos) atas tuduhan menggunakan perkataan mencela terhadap seorang pelajar tingkatan satu Zara Qairina Mahathir, bulan lalu.
Kes itu disebut di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus, pada prosiding yang dijalankan secara tertutup.
Mereka didakwa dalam mencapai niat bersama, menggunakan perkataan mencela terhadap Zara Qairina, 13 tahun, yang mana perkataan tersebut didengari oleh mangsa yang mungkin menyebabkan pelajar itu terganggu dengan perkataan tersebut.
Kelima-lima pelajar didakwa melakukan perbuatan itu di blok Asrama Rabiatul Adawiyah Dorm A-3-6, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha Limauan W.D.T 15, Papar, antara pukul 10.00 malam dan 11.00 malam, pada 15 Julai lalu.
Tuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 507C (1) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad ketika ditemui media di luar mahkamah selepas prosiding menyatakan kesemua pelajar tersebut mengaku tidak bersalah selepas tuduhan dibacakan terhadap mereka.
“Mahkamah menetapkan 25 September ini untuk sebutan semula kes dan membenarkan ikat jamin RM5,000 (S$1,520) dengan seorang penjamin untuk setiap remaja itu,” katanya yang dibantu Timbalan Pendakwa Raya Nik Haslinie Hashim dan Deepa Nair Thevaharan.
Peguam Ram Singh mewakili tertuduh pertama manakala empat lagi diwakili peguam Azhier Farhan Arisin, Abdul Fikry Jaafar, Farah Nazriah Chun Lee, Fareez Salleh dan Sylyester Kuan.
Sebelum ini Pejabat Peguam Negara (AGC) dalam kenyataannya memaklumkan pihaknya sudah meneliti kertas siasatan kes kematian pelajar itu yang dirujuk oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan memutuskan untuk mendakwa beberapa suspek berdasarkan keterangan yang ada.
AGC turut memaklumkan prosiding inkues masih perlu dijalankan bagi menentukan punca sebenar kematian Zara Qairina.
Pada 12 Ogos, AGC memutuskan untuk menjalankan inkues bagi menentukan punca dan sebab kematian pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha itu, selepas meneliti laporan siasatan dikemukakan PDRM berhubung kes tersebut.
Mahkamah Koroner pada Isnin menetapkan 3 September ini untuk memulakan prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian Zara Qairina.
Zara Qairina meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I pada 17 Julai selepas ditemukan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sekolah itu pada pagi 16 Julai.

Sumber : Bernama/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.