Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kes video lucah menteri M'sia: Siasatan masih berjalan

Siasatan bagi mengesahkan ketulenan video lucah yang dikaitkan dengan seorang menteri Malaysia masih diteruskan mengikut garis panduan Jabatan Peguam Negara, kata Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes video lucah menteri M'sia: Siasatan masih berjalan

Gambar fail logo Polis Diraja Malaysia. (Gambar: AFP/Saeed Khan)

Diterbitkan : 29 Jun 2019 09:30PM Dikemas Kini : 29 Jun 2019 09:33PM

KUALA LUMPUR: Siasatan bagi mengesahkan ketulenan video lucah yang dikaitkan dengan seorang menteri Malaysia masih diteruskan mengikut garis panduan Jabatan Peguam Negara, kata Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador.

Menteri yang dimaksudkan itu ialah Mohamed Azmin Ali, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Malaysia yang juga merupakan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Sebelum ini, saya telah beberapa kali menjelaskan bahawa saya tidak akan memberi sebarang tekanan kepada pasukan khas polis yang ditubuhkan sebelum ini bagi menjalankan siasatan ke atas kes berkenaan.

“Mereka (pasukan khas) tidak boleh membuat kerja-kerja penyiasatan secara tergesa-gesa kerana banyak perkara yang perlu disiasat dan mereka menjalankan tugas mengikut SOP,” katanya semasa satu sidang akhbar selepas menghadiri program kelestarian pertubuhan di rumah Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita) di Kuala Lumpur pada Sabtu (29 Jun).

“Saya tidak dapat berikan tempoh masa bila siasatan kes ini akan dapat diselesaikan kerana kami masih dalam proses mengumpulkan bahan-bahan bukti,” jelasnya lagi.

Pada 14 Jun lalu, Haziq Abdullah Abdul Aziz, lelaki yang mengaku sebagai individu dalam video lucah yang mengaitkan seorang menteri Kabinet Malaysia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Berikutan itu, pada 17 Jun lepas, pasukan khas yang diketuai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Huzir Mohamed, ditubuhkan bagi menyiasat kes tersebut. Anggota pasukan itu merangkumi petugas dari JSJ, Jabatan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan