Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kes terbaru COVID-19 di Vietnam dikaitkan dengan acara tabligh di M'sia

Vietnam mengesahkan satu lagi kes COVID-19 yang dikaitkan dengan perhimpunan tabligh besar-besaran di Malaysia, menurut kementerian kesihatan negara itu pada Rabu (18 Mac), menaikkan jumlah keseluruhan di negara itu kepada 67 orang.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes terbaru COVID-19 di Vietnam dikaitkan dengan acara tabligh di M'sia

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 18 Mar 2020 01:56PM Dikemas Kini : 18 Mar 2020 02:00PM

HANOI: Vietnam mengesahkan satu lagi kes COVID-19 yang dikaitkan dengan perhimpunan tabligh besar-besaran di Malaysia, menurut kementerian kesihatan negara itu pada Rabu (18 Mac), menaikkan jumlah keseluruhan di negara itu kepada 67 orang.

Pesakit itu, seorang lelaki berusia 36 tahun, pulang ke Vietnam dari Kuala Lumpur menaiki pesawat VietJet VJ826 pada 4 Mac.

Lelaki itu yang hanya dikenali sebagai "Pesakit 67" menghadiri perhimpunan tabligh yang disertai 16,000 orang di sebuah masjid di Kuala Lumpur dan merupakan pesakit kedua COVID-19 di Vietnam yang terkait dengan acara itu, menurut kementerian kesihatan Vietnam dalam kenyataannya.

Kampung halaman Pesakit 67 juga diletakkan di bawah perintah berkurung selama 28 hari bermula Selasa malam (17 Mac).

Pada Selasa, Vietnam mengumumkan ia akan menggantung pengeluaran visa baru bagi semua warga asing dalam usaha mengekang penularan COVID-19 di negara itu.

Sumber : Agensi berita/HA/ha

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa