Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kes tenat COVID-19 Korea Selatan cecah paras tertinggi dalam 2 bulan

Anggaran Waktu Membaca:
SEOUL: Kes baru COVID-19 di Korea Selatan turun ke paras bawah 50,000 pada Isnin (1 Ogos) berikutan ujian saringan yang berkurangan pada hujung minggu, namun bilangan pesakit tenat mencecah paras tertinggi dalam dua bulan.

Keadaan itu berlaku ketika virus itu kembali merebak didorong oleh peningkatan yang sangat tinggi disebabkan oleh subvarian Omicron BA.5 yang mudah berjangkit.

Sebanyak 44,689 kes baru COVID-19 dilaporkan pada Isnin (1 Ogos), termasuk 436 kes import.

Ini membawa jumlah keseluruhan kes COVID-19 di negara tersebut kepada 19,820,739, lapor agensi berita Yonhap memetik Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA).

Bilangan kes jatuh mendadak daripada 73,589 pada Ahad (31 Jul) berikutan jumlah saringan yang berkurangan tetapi masih lebih besar daripada 35,860 kes yang dicatatkan seminggu sebelum itu.  

Peningkatan jangkitan baru menyebabkan bilangan pesakit yang tenat turut meningkat.

Menurut Yonhap, negara itu melaporkan 287 kes kritikal pada Isnin (1 Ogos), jumlah tertinggi selepas 18 Mei, dengan jumlah keseluruhan 313 kes.

KDCA melaporkan 21 kematian akibat COVID-19, meningkat kepada 25,068.
Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan