Kes tembakan di KLIA: Polis Malaysia ambil keterangan 11 saksi
Anggaran Waktu Membaca:

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. (Gambar: BERNAMA)
SEPANG: Polis Malaysia mengambil keterangan daripada 11 saksi bagi membantu siasatan berhubung insiden tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada Ahad (14 Apr) pagi.
Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata antara yang sudah memberi keterangan ialah pengawal peribadi yang terkena tembakan, isteri suspek, pengawal keselamatan di lapangan terbang, anggota polis dan juga doktor yang memberikan rawatan.
"Kita akan panggil beberapa lagi saksi, (termasuk) yang terlibat dalam perniagaan, ahli keluarga (suspek dan mangsa) serta beberapa lagi individu yang boleh membantu siasatan," katanya kepada media selepas majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah KLIA, di Sepang pada Isnin (15 Apr).
Beliau berkata polis sedang giat menjejak suspek dan percaya lelaki itu masih berada dalam negara.
Dalam kejadian pada kira-kira pukul 1.30 pagi Ahad, seorang lelaki melepaskan dua das tembakan ke arah isterinya yang sedang menunggu kepulangan jemaah umrah di balai ketibaan KLIA Terminal 1, namun satu das tersasar dan satu lagi das terkena salah seorang pengawal peribadi kepada isteri suspek.
Susulan insiden itu pengawal peribadi berkenaan mengalami kecederaan pada bahagian perut, dan kini dirawat di sebuah hospital.
Encik Hussein berkata tiada pelibatan orang lain dalam insiden itu dan identiti suspek disahkan melalui keterangan saksi dan juga kamera litar tertutup (CCTV).

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.