Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kes sijil vaksin palsu: enam ditahan di M'sia bantu siasatan

Anggaran Waktu Membaca:
 Kes sijil vaksin palsu: enam ditahan di M'sia bantu siasatan

Gambar fail logo Polis Diraja Malaysia. (Gambar: AFP/Saeed Khan)

KUALA TERENGGANU: Polis menahan enam individu termasuk seorang juruteknik bagi membantu siasatan berhubung penipuan sijil vaksinasi COVID-19 dipercayai palsu dikendalikan seorang doktor swasta di Marang.

Ketua Polis Terengganu, Rohaimi Md Isa, berkata mereka yang berusia antara 35 hingga 57 tahun ditahan di sekitar Marang, Dungun dan daerah itu, semalam (9 Jan) seperti yang dilaporkan oleh BH Online.

Beliau berkata, pihaknya sudah mengambil keterangan enam individu terbabit dan mereka dibebaskan dengan ikat jamin polis hari ini (10 Jan).

"Mereka yang ditahan dipercayai membantu suspek membuat hebahan berhubung sijil vaksinasi berkenaan".

"Hebahan perkhidmatan itu dilakukan secara 'mulut ke mulut' melalui kenalan yang dipercayai dan diupah dengan bayaran RM50 (S$16) setiap pelanggan, seperti dilaporkan oleh BH Online.

"Siasatan awal ke atas kakitangan klinik swasta berkenaan mendapati mereka tidak terbabit dalam kegiatan pemalsuan sijil vaksinasi itu," katanya hari ini (10 Jan).

Encik Rohaimi berkata, siasatan awal mendapati suspek berusia 51 tahun itu mengaku sebagai golongan antivaksin namun mengambil suntikan atas tuntutan kerja.

Katanya, khidmat pemalsuan sijil itu dilakukan suspek secara bersendirian di kliniknya dengan kebanyakan urusan dilakukan secara dalam talian, termasuk menerusi emel.

Terdahulu, Polis Terengganu membongkar kegiatan penjualan sijil vaksinasi COVID-19 dipercayai palsu dengan merampas hampir 100 keping kad temu janji vaksinasi, lapor BH Online.

Kegiatan itu terbongkar susulan serbuan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial yang membawa kepada penahanan seorang doktor lelaki berusia 51 tahun di sebuah klinik swasta di Marang kira-kira jam 7.00 malam kelmarin.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan