Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kes selesema meningkat di Australia

Anggaran Waktu Membaca:

CANBERRA: Kes demam selesema di Australia melonjak lebih 40 peratus dalam tempoh dua minggu ketika negara itu menghampiri musim sejuk, lapor Xinhua.

Menurut Laporan Pengawasan Influenza Australia 2023 yang dikeluarkan Jabatan Kesihatan, terdapat 57,816 kes influenza disahkan dan 57 kematian di negara itu setakat 28 Mei.

Angka itu mewakili peningkatan sebanyak 43 peratus daripada 40,318 kes yang dilaporkan setakat 14 Mei.

Laporan itu memberi amaran bahawa kanak-kanak menyumbang kepada jangkitan tinggi yang tidak seimbang, dengan tiga kumpulan umur 0-4, 5-9 dan 10-14 mencatatkan kadar jangkitan tertinggi.

Sejak pengawasan bermula pada April, 76 peratus kes influenza yang dimasukkan ke hospital di Australia melibatkan mereka berumur di bawah 16 tahun.

Pakar menyatakan kebimbangan mengenai kadar pengambilan vaksin influenza yang rendah dalam kalangan kanak-kanak.


Paul Kelly, Ketua Pegawai Perubatan Australia pada Mac telah menulis kepada penyedia vaksin menggesa mereka menekankan kepentingan inokulasi menjelang musim sejuk.

Beliau juga meluahkan kebimbangan tentang kadar vaksinasi dalam kalangan kanak-kanak di bawah umur lima tahun.

Di bawah Program Imunisasi Kebangsaan, vaksin selesema adalah percuma untuk kanak-kanak berumur antara enam bulan dan lima tahun.

Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan