Kes saman syarikat barangan kemas, permohonan Rosmah didengar pada 29 Mei
Anggaran Waktu Membaca:
Rosmah Mansor, isteri mantan Perdana Menteri Najib Razak. (Gambar fail: Bernama)
KUALA LUMPUR: Permohonan Rosmah Mansor untuk memasukkan kerajaan dan polis sebagai pihak ketiga dalam kes saman syarikat barangan kemas Lebanon, Global Royalty Trading SAL terhadapnya akan didengar pada 29 Mei depan.
Peguam Rosmah, Rajivan Nambiar berkata tarikh itu ditetapkan Penolong Kanan Pendaftar Norhaina Zulkifli ketika pengurusan kes berkenaan pada Khamis (14 Mac).
"Mahkamah juga memerintahkan Jabatan Peguam Negara untuk mengemukakan afidavit jawapan bagi pihak kerajaan dan Ketua Polis Negara sebelum 26 Mac.
"Anak guam saya perlu mengemukakan afidavit jawapan sebelum 16 April. Perbicaraan akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Ong Chee Kwan," katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Ini berhubung saman syarikat barangan kemas antarabangsa berkenaan yang menuntut RM67.4 juta (S$19.2 juta) terhadap isteri mantan perdana menteri Najib Razak itu.
Pada 29 Mac lepas, Global Royalty menyaman Rosmah, 71 tahun, dan mendakwa wanita itu telah berbohong dengan menyatakan bahawa 44 unit barangan kemas termasuk kalung berlian, anting-anting, cincin, gelang dan tiara yang diserahkan oleh seorang ejen syarikat itu kepadanya telah dirampas pihak berkuasa Malaysia untuk kesalahan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
Menurut syarikat yang berpangkalan di Beirut itu, ini kerana hanya satu daripada 44 barang kemas berkenaan berada dalam simpanan dan kawalan pihak polis dan baki 43 barang kemas milik plaintif tidak berada dalam simpanan pihak berkuasa.
Global Royalty juga mendakwa Rosmah mengalihkan beban kepada kerajaan Malaysia sedangkan barang kemas itu sebenarnya telah hilang.
Dalam permohonannya untuk memulakan prosiding pihak ketiga terhadap polis dan kerajaan, Rosmah menyatakan barang kemas yang dipertikaikan itu tiada dalam pemilikannya dan telah dirampas pihak berkuasa.
Sebagai defendan Rosmah boleh memulakan tindakan ini terhadap pihak ketiga yang bukan merupakan sebahagian daripada tuntutan utama, bagi menuntut sumbangan, ganti rugi atau sebarang remedi yang dituntut Global Royalty.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.