Skip to main content

Dunia

Kes saman Lim-Muhyiddin ditetapkan pada 20 Julai

Anggaran Waktu Membaca:
Kes saman Lim-Muhyiddin ditetapkan pada 20 Julai

(Gambar: Malaysiakini)

Diterbitkan : 12 Jun 2023 09:15PM
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin (12 Jun) menetapkan 20 Julai untuk pengurusan kes bagi tarikh perbicaraan penuh saman fitnah mantan Menteri Kewangan Malaysia Lim Guan Eng terhadap mantan Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yassin.

Peguam Encik Lim, Guok Ngek Seong, berkata mahkamah pagi ini menetapkan tarikh pengurusan kes itu bagi saman berhubung isu pembatalan status pengecualian cukai kepada Yayasan Al-Bukhary, lapor Malaysiakini.

"Pengurusan kes seterusnya dijadualkan pada 20 Julai untuk arahan lanjut daripada mahkamah dan penetapan tarikh perbicaraan," kata peguam itu kepada media selepas pengurusan kes di hadapan pesuruhjaya kehakiman Roz Mawar Rozain.

Pada 27 Mac lalu, Ahli Parlimen Bagan Encik Lim memfailkan saman fitnah terhadap Ahli Parlimen Pagoh Encik Muhyiddin yang dituduh mencemarkannya, seperti dinukil laporan Malaysiakini.

Saman sivil itu adalah atas dakwaan mantan Perdana Menteri Malaysia tersebut bahawa Encik Lim bertanggungjawab ke atas Yayasan Albukhary, yang diketuai oleh hartawan Syed Mokhtar Albukhary, kehilangan status pengecualian cukai semasa tempoh plaintif menerajui kementerian kewangan.

Pada April lalu melalui pernyataan pembelaannya, Encik Muhyiddin menuntut supaya Encik Lim membuktikan bahawa kementeriannya tidak membatalkan status pengecualian cukai yayasan itu.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita