Kes saman Ahmad Zahid ditangguh kepada 19 Jul selepas Dr Mahathir dimaklum tidak sihat
Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes saman difailkan mantan Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad terhadap Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi, atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah berhubung isu 'kutty' membabitkan dirinya yang dijadualkan pada Selasa (13 Feb) ditangguhkan kepada 19 Julai depan.
Pesuruhjaya Kehakiman Gan Techiong membenarkan penangguhan itu susulan permohonan peguam Dr Mahathir, Mior Nor Haidir Suhaimi yang memberitahu bahawa anak guamnya tidak sihat.
Encik Mior Nor Haidir memaklumkan Dr Mahathir dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) sejak 26 Januari lalu, dan pihak IJN menghantar surat kepada mahkamah memaklumkan anak guamnya tidak sihat untuk hadir ke mahkamah pada Selasa.
“Anak guam kami diberi sijil cuti sakit oleh IJN dari 26 Jan hingga 18 Feb ini. Kami mohon supaya perbicaraan hari ini ditangguhkan,” kata Encik Mior Nor Haidir yang turut dibantu peguam Rafique Rashid Ali.
Peguam Mohamed Shahrul Fazli Kamarulzaman mewakili Encik Ahmad Zahid mencadangkan perbicaraan kes itu bermula Oktober.
Mahkamah kemudian membenarkan penangguhan itu dan menetapkan tarikh perbicaraan baharu pada 19 Julai, 26 dan 27 Ogos serta 29 dan 30 Oktober ini.
Sementara itu, Encik Mior Nor Haidir memaklumkan kepada mahkamah pihak plaintif mengemukakan dua saksi iaitu Dr Mahathir dan anaknya Mukhriz Mahathir, untuk memberi keterangan pada perbicaraan kes berkenaan.
Encik Mohamed Shahrul Fazli pula berkata Timbalan Perdana Menteri Malaysia itu dan seorang lagi saksi sepina akan memberi keterangan pada perbicaraan nanti.
Berdasarkan pernyataan tuntutan yang difailkan pada 20 Julai 2022, Dr Mahathir mendakwa Encik Ahmad Zahid mengeluarkan kenyataan memfitnah terhadapnya semasa mesyuarat UMNO Bahagian di Kelana Jaya pada 30 Julai 2017.
Kenyataan itu kemudian diterbitkan semula di YouTube Astro Awani dan beberapa portal berita dalam talian, yang boleh diakses oleh pengguna internet tanpa sebarang sekatan.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.